Filem “Confidential Assignment 2” melepasi 4 juta penonton, para pelakon meraikan momen gembira bersama

Nampaknya filem “Confidential Assignment 2” tidak menunjukkan sebarang petanda akan memperlahankan langkah mereka!

Pada 17 September, Majlis Filem Korea secara rasmi mengumumkan bahawa setakat jam 7 pagi KST, “Confidential Assignment 2” telah mengumpulkan sejumlah 4,112,818 penonton wayang—bermaksud filem itu mengambil masa kurang daripada 11 hari untuk mengatasi 4 juta penonton.

Untuk makluman, “Confidential Assignment 2” berjaya mencecah angka 4 juta lebih cepat daripada filem asal “Confidential Assignment” (yang mengambil masa 13 hari untuk mencapai kejayaan itu), dan filem Hollywood terbaru “Top Gun: Maverick” mengambil masa 18 hari, sekaligus merupakan salah satu hits terbesar di box office Korea Selatan pada musim panas ini.

Untuk memperingati pencapaian terbaharu filem itu, “Confidential Assignment 2” dibintangi oleh Hyun Bin, Yoona Girls Generation, Daniel Henney, Yoo Hae Jin, dan Jin Sun Kyu—serta pengarah Lee Seok Hoon—semuanya bergambar untuk kenang-kenangan dengan mesej yang menyatakan perasaan keterujaan mereka.

“Confidential Assignment 2” dibintangi Hyun Bin sebagai detektif Korea Utara bernama Rim Chul Ryung dan Yoo Hae Jin sebagai detektif Korea Selatan bernama Kang Jin Tae, yang sebelum ini bekerjasama untuk menangkap penjenayah dalam filem asal “Confidential Assignment”. Dalam sekuel baharu, mereka berdua kembali bersama untuk memburu ketua organisasi penjenayah Korea Utara yang telah mendatangkan malapetaka di seluruh dunia (lakonan Jin Sun Kyu), dan mereka disertai oleh kakak ipar Kang Jin Tae (YoonA Girls’ Generation YoonA) dan ejen FBI dari Amerika Syarikat (Daniel Henney).

Peminat filem di Malaysia boleh menonton “Confidential Assignment 2” ini di GSC Cinemas yang baru sahaja ditayangkan pada 15 September lepas. Jom tonton trailer filem  ini

 

Dalam pada itu tahniah kepada pelakon dan krew “Confidential Assignment 2” yang berjaya melepasa 4 juta penonton!