KDrama terbaru yang penuh kontroversi “May It Please The Court” akan tiba di Disney+ Hotstar

Apabila dua orang peguam dengan personaliti berbeza terpaksa berhadapan dengan beberapa konspirasi yang mengancam kes yang dikendalikan, mereka berdua terpaksa bekerjasama untuk merungkai kebenaran. Itulah premis penceritaan siri “May It Please The Court” – drama Korea baharu yang enigmatik yang dijadualkan akan ditayangkan di Disney+ Hotstar pada penghujung tahun ini.

Kisah menarik berdasarkan kejadian sebenar melalui sudut pandang seorang peguam bela seperti mana dipaparkan dalam sebuah buku, “May It Please The Court” berkisar kepada kehidupan dua orang watak utama: Noh Chakhee, seorang peguam terkenal yang akan berjuang habis-habisan untuk berjaya, dan Jwa Sibaek, seorang peguam yang pelik dan tidak teragak-agak untuk melakukan sesuatu sebaik sahaja membuat keputusan. Diasak dengan situasi yang mengancam dan mengganggu kes yang mereka kendalikan, pasangan tidak terjangka ini terpaksa bekerjasama jika mereka berhasrat untuk membongkar kebenaran dan kembali berada di atas.

“May It Please The Court” dibintangi oleh Jung Ryewon (Diary of a Prosecutor, Wok of Love, Witch’s Court, Bubble Gum) sebagai peguam terkenal Noh Chakhee, Lee Kyoohyung (Voice, Hi Bye, Mama!, Doctor John, Life, Prison Playbook)sebagai peguam aneh Jwa Sibaek, dan Jung Jinyoung (A Year-End Medley, Bulgasal: Immortal Souls, My Unfamiliar Family, Chief of Staff) sebagai Jang Gido, CEO Jangsan yang sangat bercita-cita tinggi disebuah firma guaman besar.

“May It Please The Court” oleh Dan Kim, pemenang anugerah Kisah Kandungan KOCCA, dan diarahkan oleh Min-gu Kang (The Goddess of Revenge, Itaewon Class). Drama ini boleh distrim menerusi Disney+ Hotstar akan datang.

loading...