Nampaknya drama SBS “Why Her?” telah menamatkan episode terakhirnya semalam dengan rating tontonan yang tinggi!
Pada 23 Julai, drama percintaan misteri yang popular itu mencatat tontonan tertinggi iaitu sebanyak 10.7% pada episode terakhir sepanjang tayangannya. “Why Her?” mula mencatat dua digit purata tontonan menerusi episode 4 dengan 10.5%. Peningkatan rating tontonan ini mungkin disebabkan ramai penonton teruja untuk melihat segala konflik drama itu terungkai di mana dalang sebenar di sebalik kematian Park So-young juga berjaya didedahkan.
“Why Her?” juga berakhir di tempat pertama dalam slot tayangannya dalam kalangan demografi utama penonton berumur 20 hingga 49 tahun, yang mana ia memperoleh purata tontonan 3.9% untuk episode akhirnya. Drama “Why Her?” ini boleh ditonton menerusi platform Viu Malaysia, dan masih lagi bersiaran di Astro ONE TV Asia Ch 393 serta Astro Go pada setiap Sabtu dan Ahad jam 9.45 PM MYT.
Drama MBC “Doctor Lawyer”, yang disiarkan dalam slot masa yang sama dengan “Why Her?” dan juga berakhir malam tadi, memperoleh rating tontonan sebanyak 7.0% untuk siri terakhirnya. Pada episode terakhir, Han Yi Han berjaya mendedahkan kebenaran kejadian itu lima tahun lalu dan membuktikan dirinya tidak bersalah melalui perbicaraan semula. “Doctor Lawyer” boleh distrim menerusi Disney+ Hotstar.
Sementara itu, selepas mencatatkan rekod tontonan peribadi baharu dengan episod sebelumnya pada Ahad lalu (6.95%), “Alchemy of Souls” tvN jatuh ke paras terendah sepanjang tayangannya dengan mencatat cuma 4.989%. “Alchemy of Souls” boleh ditonton menerusi platform Netflix.
“Becoming Witch” TV Chosun juga turun ke paras terendah sepanjang masa dengan purata tontonan sebanyak 1.7%, sekaligus meneruskan kejatuhan yang bermula dengan episod pertamanya bulan lepas. Drama “Becoming Witch” ini boleh ditonton menerusi Astro ONE TV Asia Ch 393 serta Astro Go pada setiap Ahad jam 8.30 PM MYT.
“Cleaning Up” JTBC, yang hanya berbaki satu episod, dilihat merosot kepada 1.912% purata tontonan di seluruh negara menjelang episode terakhirnya. Drama “Cleaning Up” ini juga boleh ditonton menerusi Astro KPLUS Asia Ch 396 serta Astro Go pada setiap Ahad dan Isnin jam 9.15 PM MYT.
Akhir sekali, KBS 2TV “It’s Beautiful Now” meneruskan penguasaan ke atas siaran televisyen untuk tayangan pada Sabtu dengan purata tontonan seluruh negara sebanyak 23.7%, sekaligus mempertahankan ‘title’ nya sebagai drama paling ramai ditonton untuk tayangan di mana-mana saluran pada hari itu. “It’s Beautiful Now” juga boleh ditonton menerusi Astro KBS World TV Ch 392 serta Astro Go pada setiap Sabtu dan Ahad jam 8.00 PM MYT.