Ini dia barisan penuh pelakon penulis drama “Decendants Of The Sun” Kim Eun Sook selain Song Hye Kyo dan Lee Do Hyun

Enam tahun selepas kejayaan drama “Descendants of the Sun” atau “DOTS”, penulis skrip dan pelakon utama K-drama yang sangat popular itu kembali bergandingan dalam siri terbaru Netflix “The Glory” yang merupakan kisah balas dendam yang penuh emosi.

“The Glory” akan menceritakan tentang seorang wanita yang bertekad untuk membalas dendam terhadap pembuli zaman kanak-kanak yang memusnahkan kehidupannya. Drama ini akan dikarang oleh Kim Eun Sook, penulis drama terkenal seperti “Goblin,” “Descendants of the Sun,” “Heirs,” dan “Secret Garden,” dan ia akan diterajui oleh pengarah Ahn Gil Ho dari “Happiness ,” “Forest of Secrets” (“The Stranger”), “Memories of the Alhambra,” dan “Record of Youth.”

Kali ini, Song Hye Kyo akan membawakan watak Moon Dong Eun yang jauh berbeza daripada watak lain yang pernah dimainkannya. Moon Dong Eun digambarkan sebagai seorang wanita yang penuh kemarahan. Dia berhasrat untuk membalas dendam kepada sesiapa sahaja yang telah membuatnya menderita, termasuk pembuli pada zaman kanak-kanaknya. Dia juga berniat untuk membalas dendam kepada mereka yang tidak pernah menolongnya ketika dia dalam kesusahan.

Pelakon Lee Do Hyun akan memegang watak utama lelaki Joo Yeo Jung, yang mempunyai watak ceria dan menyenangkan dari luar. Namun, dia menyimpan rahsia pada masa lalu.

Terdahulu, Lee Do Hyun dibanjiri pujian atas lakonannya menerusi drama bertemakan seram “Sweet Home” dan “18 Again” yang lebih kepada genre romantis. Justeru, kemunculannya di skrin kecil bersama Song Hye Kyo amat dinanti-nantikan ramai.

Lim Ji Yeon pula akan memainkan watak Park Yeon Jin, yang merupakan ketua kumpulan pembuli yang menyeksa Moon Dong Eun semasa zaman sekolah menengahnya. Dia menikmati kehidupan yang sempurna. Namun, apabila masa lalu kelamnya kembali menghantui, dia cuba melindungi perkara yang sangat penting baginya.

Yoom Hye Ran akan memainkan watak Kang Hyun Nam, mangsa keganasan rumah tangga, dan seorang ibu yang sangat melindungi. Dia kemudian menghampiri Moon Dong Eun untuk memintanya memberi kerjasama.

Manakala Park Sung Hoon akan memainkan watak Jeon Jae Joon, yang merupakan rakan sejenayah Park Yeon Jin dalam memusnahkan Moon Dong Eun pada masa lalu. Bergantung pada kekayaan keluarga, dia hidup dengan mementingkan diri sendiri dan melakukan apa sahaja yang dia mahu tanpa menghiraukan orang lain.

Akhir sekali, Jung Sung Il akan memainkan watak Ha Do Young, suami kepada Park Yeon Jin dan CEO sebuah syarikat pembinaan besar. Apabila dia jatuh ke dalam perangkap Moon Dong Eun, dia mengorbankan kebahagiaan keluarganya.

The Glory’ dirancang untuk disiarkan diplatform Netflix. Adakah anda bersedia untuk menonton drama ini?

Sumber : Sports.donga

loading...