Julai ini tawarkan 6 lagi drama Korea terbaru untuk tontonan korang

Annyeong, chinguyaa~~ Kita dan nak masuk bulan Julai. How time flies so fast. As usual, setiap bulan kami akan update korang dengan drama Korea terbaru untuk hiburan serta tontonan korang.

Well, sepanjang Julai ini, ada 6 lagi drama Korea terbaru dan pastinya menawarkan pelbagai variasi. So, let’s check it out the list.

1. To X Who Doesn’t Love Me

  • Tarikh Tayangan: 14 Julai 2022
  • Penyiar: TVING, Viu, iQIYI, WeTV
  • Barisan Pelakon: Han Ji-hyo, Doyoung, Kwon Ah Reum, Bang Jae Min, Son Hyun Woo

“To X Who Doesn’t Love Me” ialah sebuah drama bertemakan percintaan tentang buku nota ajaib yang boleh membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta dengan seseorang selama sebulan. Apabila Seo Hee Soo, seorang pelajar kolej dan penulis lirik yang bercita-cita tinggi tapi kurang berkeyakinan (lakonan Han Ji Hyo), terjumpa buku nota itu, dia akhirnya terjerat dengan beberapa lelaki, termasuk rakan lelakinya Jung Shi Ho (lakonan Doyoung NCT ).

2. Remarriage and Desires

  • Tarikh Tayangan: 15 Julai 2022
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Kim Hee Sun, Lee Hyun Wook, Jung Eugene, Park Hoon, Cha Ji Yeon

“Remarriage & Desires” adalah berkisar tentang Rex, sebuah agensi mencari jodoh yang pakar dalam perkahwinan semula dikalangan pelanggan yang bercita-cita tinggi yang berusaha untuk berkahwin dengan pasangan kaya.

Kim Hee Sun, Lee Hyun Wook, Jung Yoo Jin, Park Hoon dan Cha Ji Yeon akan memainkan watak mereka yang berkumpul di Rex atas sebab yang berbeza. Remarriage and Desires akan diarahkan oleh pengarah Kim Jung Min, yang terkenal dengan karyanya seperti “Bad Guys” dan “Squad 38”.

3. Adamas (tvN)

 

  • Tarikh Tayangan: 27 Julai 2022
  • Penyiar: tvN, Disney+ Hotstar
  • Barisan Pelakon: Ji Sung, Seo Ji Hye, Lee Soo Kyung

“Adamas” adalah mengenai kisah saudara kembar yang membongkar kebenaran daripada kejadian 22 tahun lalu. Kedua-duanya akan bekerjasama untuk membersihkan tuduhan pembunuhan ke atas bapa kandung mereka yang dituduh membunuh bapa tiri mereka dan untuk mencari ‘adamas’ yang menjadi bukti pembunuhan itu.

Ha Woo-Shin (Ji Sung) dan Song Soo-Hyun (Ji Sung) adalah saudara kembar. Ha Woo-Shin ialah novelis misteri yang paling laris dan Song Soo-Hyun ialah seorang pendakwa di Pejabat Pendakwa Daerah Pusat. 22 tahun lalu, semasa mereka masih kanak-kanak, bapa tiri mereka telah dibunuh. Kini, mereka mendapati bahawa bapa kandung mereka adalah orang yang membunuh bapa tiri mereka dan dia menerima hukuman mati.

Ha Woo-Shin dan Song Soo-Hyun tidak lama kemudian mengetahui bahawa bapa kandung mereka telah diperangkap kerana pembunuhan bapa tiri mereka dan mereka mengejar kebenaran. Dalam proses itu, mereka bertemu dengan Eun Hye-Soo (Seo Ji-Hye) dan Kim Seo-Hee (Lee Soo-Kyung). Eun Hye-Soo telah berkahwin dengan anak sulung Kumpulan Haesong dan dia membantu Ha Woo-Shin secara rahsia. Kim Seo-Hee ialah wartawan berita tempatan TNN. Dia seorang yang baik dan bersemangat dengan kerjanya. Namun, Kim Seo-Hee mempunyai rahsia, yang berkaitan dengan saudara kembar Ha Woo-Shin dan Song Soo-Hyun.

4. Big Mouth (MBC)

  • Tarikh Tayangan: 29 Julai 2022
  • Penyiar: MBC, Disney+ Hotstar
  • Barisan Pelakon: Lee Jong Suk, YoonA, Kim Joo Hyun, Ok Ja Yeon, Kwak Dong Yeon

“Big Mouth” ialah sebuah drama bertemakan misteri, thriller dan perundangan yang bercerita tentang seorang peguam kelas tiga yang akhirnya bertanggungjawab ke atas kes pembunuhan yang mengubahnya semalaman menjadi penipu genius yang dikenali sebagai “Big Mouse”. Untuk terus hidup dan melindungi keluarganya, dia mesti mendedahkan konspirasi besar di kalangan golongan atasan yang berpengaruh.

Lee Jong Suk membawakan watak sebagai Park Chang Ho, seorang peguam kelas tiga dengan kadar kejayaan 10 peratus yang tanpa diduga dikenali sebagai penipu terkenal “Big Mouse.” YoonA pula sebagai Go Mi Ho, seorang jururawat yang yakin dan bijak yang berkahwin dengan Park Chang Ho. Pasangan itu akan bekerjasama untuk berhadapan dengan tembok kuasa yang kebal dan untuk menyelamatkan satu sama lain.

5. Today’s Webtoon 

  • Tarikh Tayangan: 29 Julai 2022
  • Penyiar: SBS , Viu (mulai 30 Julai dengan sari kata)
  • Barisan Pelakon: Kim Se Jeong, Choi Daniel, Nam Yoon Soo

“Today’s Webtoon” ialah drama remake dari drama popular Jepun 2016 “Sleepeeer Hit!” Drama ini akan mengisahkan tentang On Ma Eum, bekas atlet judo yang menyertai jabatan editorial Neon Webtoon sebagai pekerja baharu dan bergelut untuk menjadi seorang editor webtoon sejati di tengah-tengah industri webtoon yang kompetitif di Korea Selatan.

6. The Police Station Next to the Fire Station

  • Tarikh Tayangan:  Julai 2022
  • Penyiar: SBS
  • Barisan Pelakon: Kim Rae Won, Son Ho Jun, Gong Seung Yeon

“The Police Station Next to the Fire Station” mengisahkan tentang operasi bersama antara polis yang menangkap penjenayah dan bomba yang memadamkan kebakaran.

Perkara utama dalam drama ini adalah kerjasama daripada responden pertama yang sama-sama cuba menyelamatkan nyawa orang lain. Ini juga merupakan drama Korea pertama yang mengambil tema kerjasama polis dan bomba dalam situasi kritikal apabila bencana dan krisis berlaku.

Kim Rae Won akan membawakan watak seorang detektif yang tegas dan garang yang sentiasa cuba menangkap penjenayah bernama Jin Ho Gae. Manakala Gong Seung Yeon sebagai seorang paramedik anggota bomba yang baik dan bertanggungjawab merawat luka serta menjaga kesihatan mental mangsa yang mungkin mengalami trauma bernama Song Seol. Son Ho Jun pula sebagai Bong Do Jin (Son Ho Jun), seorang anggota bomba yang sentiasa bersedia untuk memadamkan kebakaran.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys! 

loading...