Tiket konsert KIM JAE JOONG Asia Tour Concert in Kuala Lumpur 2022 mula dijual 24 Jun ini

Konsert K-POP pertama di Malaysia sejak pandemik melanda!

Kim Jae Joong kembali ke Malaysia selepas 12 tahun untuk konsert solo pertamanya!

“2022 KIM JAE JOONG Asia Tour Concert in Kuala Lumpur” akan berlangsung pada 23 September!

Kim Jae Joong, ahli kumpulan lelaki legenda, JYJ, akan kembali ke Malaysia selepas 12 tahun untuk melangsungkan konsert solo pertamanya, “2022 KIM JAE JOONG Asia Tour Concert in Kuala Lumpur”. Beliau merupakan artis Korea pertama yang akan mengadakan konsert di Malaysia sejak perintah kawalan pergerakan dilaksanakan.

Kim Jae Joong membuat debutnya pada tahun 2003 di bawah kumpulan TVXQ (juga dikenali sebagai Dong Bang Shin Ki). Pada tahun 2010, beliau meninggalkan TVXQ bersama dua ahli lain (Jun-su dan Yoo-Chun) dan membentuk kumpulan JYJ di bawah C-JeS Entertainment. Kim Jae Joong yang terkenal di seluruh dunia sebagai idola legenda juga merupakan seorang artis yang sangat berbakat. Beliau bukan sahaja mahir menyanyi dan menggubah lagu, malah beliau juga terkenal dalam bidang lakonan. Beliau telah berlakon dalam pelbagai siri drama Korea seperti “Protect The Boss”, “ Dr. Jin”, “Triangle”, “SPY” dan “Manhole”.


Selain daripada aktivitinya di Korea Selatan, Kim Jae Joong juga aktif berpromosi di Jepun dengan mengadakan pelbagai jelajah, mengeluarkan album dan mengambil bahagian dalam pelbagai rancangan realiti sejak beliau tamat perkhidmatan ketenteraannya pada tahun 2016. Pada Mac tahun ini, beliau turut mengeluarkan lagu “Sixth Magnitude Star” bersama ahlinya Kim Jun-su untuk drama Jepun “Waru ~Who Said That Working Isn’t Cool?~” (terjemahan literal), yang menggembirakan peminat yang telah lama menunggu-nunggu.

Kim Jae Joong telah mengadakan konsert solo online “The Last On-Cert” tahun lepas, dan untuk menebus kekecewaannya, beliau juga mengadakan “2022 J-Party” dan “J-Jun Thursday Party with Jaefans 2022” di Korea Selatan dan Jepun pada bulan Januari dan Mei. Konsert-konsert tersebut juga dilangsungkan sebagai tanda pemulaan jelajahnya, dan ini telah menimbulkan banyak  keterujaan dalam peminat antarabangsa.

Baru-baru ini C-JeS Entertainment telah mengumumkan bahawa Kim Jae Joong akan memulakan jelajah Asianya dengan konsert pertamanya di Seoul pada 17 dan 18 September. Kedua-dua Malaysia dan Thailand juga merupakan salah satu persinggahan dalam jelajahnya.

 

iMe MALAYSIA (penganjur di Malaysia) juga telah membuat pengumuman bahawa mereka akan membawa Kim Jae Joong ke Kuala Lumpur dengan “2022 KIM JAE JOONG Asia Tour Concert in Kuala Lumpur”. Konsert akan berlangsung pada 23 September 2022, jam 7:30 malam di Dewan Plenary, KLCC.

 

Mulai 24 Jun (Jumaat), pukul 12 tengah hari, tiket konsert boleh dibeli secara dalam talian di www.ticketcharge.com.my pada harga RM787, RM687, RM587, RM487, dan RM387, dan ini tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.

Setiap transaksi terhad kepada maksimum 6 tiket sahaja. Setiap tiket mempunyai peluang untuk menerima “fan benefit” (dipilih secara rawak berdasarkan kod bar tiket), yang akan diumumkan kemudian. Demi keselamatan dan kebaikan peminat, para hadirin diwajibkan memakai penutup mulut sepanjang konsert. Untuk maklumat lanjut mengenai tiket dan konsert tersebut, sila layari Facebook, Instagram dan Twitter “iMe MY”.   

 

loading...