Taehyung BTS sekali lagi berhadapan gosip bercintaan, kali ini dengan Jennie Blackpink pula.
Pada 22 Mei 2022 semalam, tular dakwaan mengatakan kedua-duanya sedang berdua-duaan di Pulau Jeju, Korea berdasarkan bukti foto yang yang begitu mirip dengan mereka. Tulis netizen A tersebut, “Ini foto yang begitu panas yang aku terima hari ini. Memang nampak serupa, kedua-duanya ditangkap berdua-dua di Pulau Jeju.”
Berdasarkan bukti foto tersebut yang belum dilihat di mana-mana penerbitan akhbar atau media atas talian sebelum ini, seorang lelaki dan seorang perempuan dilihat meluangkan masa bersama di dalam kereta. Disebabkan kedua-duanya memakai cermin mata, maka rupa sebenar mereka tidak dapat disahkan. Namun, spekulasi kedua-duanya mirip dengan Taehyung dan Jennie berikutan dandanan rambut dan bentuk muka yang lebih kurang rupa.
Netizen B turut mengesahkan bahawa Taehyung dan Jennie masing-masing pernah memuatnaik gambar berlatarbelakangkan pulau Jeju di media sosial sebelum ini, menambahkan lagi spekulasi gosip berkenaan. Manakala, netizen C pula mendakwa Jennie ialah duta jenama Gentle Monster cermin mata bermodelkan Tambu yang dipakai oleh gadis di dalam foto berkenaan.
Baru-baru ini, Jennie dilihat ‘unfollow’ instagram GDragon pada 21 Mei 2022 menyebabkan netizen menyangka kedua-duanya sudah berpisah dan Taehyung didakwa orang ketiga di dalam hubungan yang telah terjalin sejak Februari 2021 itu. Malah, Taehyung juga pernah sesekali ter’follow’ instagram Jennie sewaktu kali pertama berjinak-jinak dengan instagram yang dianggapnya sebagai perbuatan yang tidak disengajakan.
Sumber: moneytoday