Anjing dibiar berak merata-rata di rumah jiran, anak lelaki penyanyi idol Korea dikecam kerana berperangai pengotor

Anak lelaki kepada penyanyi idol Korea sekitar tahun 90-an, dikecam netizen kerana berperangai pengotor sehingga mengabaikan najis anjing.

Di dalam satu hantaran dibuat oleh netizen B bertajuk ‘Aku menderita setahun kerana anak seorang penyanyi’, B mendakwa ayah kepada A merupakan penyanyi yang sangat terkenal sekitar tahun 90-an dan baru-baru ini telah menyumbangkan suaranya untuk OST beberapa buah drama popular.

“Rumah yang aku duduk sekarang ialah bangunan yang baru saja dijual tahun lepas, dan aku mula berpindah pada Mei tahun 2021. Paling teruk sekali selepas A memesan makanan, dia biarkan saja bekas makanan tidak tertutup di luar pintu selama beberapa hari. Akibatnya, sewaktu musim panas, makanan basi itu berbau busuk dengan lalat berterbangan. Aku pernah meletakkan notis peringatan dan juga mengadu pada pejabat pengurusan tetapi tak jalan,” tulis B.

“Bukan saja di koridor, di atap bangunan juga penuh sampah-sarap sampai longkang tersumbat bila hujan lebat. Anjing pula dibiarkan berak merata-rata,” tulisnya lagi.

“Aku dengar selain anjing, dia juga bela kucing dan rakun. Baunya boleh cakap macam berada dalam zoo. Tanda air kencing juga kelihatan di luar dan dalam lif. Aku sudah cuba hubungi dia tetapi tak berhasil kerana pihak pengurusan tidak mahu terlibat kerana privasi individu. Aku juga dengar dia dah nak keluar hujung minggu ini. Eloklah, keluar cepat-cepat,” kata B mengakhiri kalamnya.

Spekulasi netizen menjurus kepada penyanyi idol sekitar 90-an yang mempunyai anak lelaki dan pernah menyanyikan lagu OST drama baru-baru ini.

Sumber: sisamagazine, heraldpop

loading...