Chanyeol EXO nafi dialah orang di sebalik insiden menaikkan ‘jari tengah’ depan pengguna jalan raya

SM Ent. menafikan bahawa Chanyeol EXO ialah pelaku di sebalik insiden menaikkan ‘jari tengah’ depan pengguna jalan raya.

“Orang yang dikhabarkan dalam video itu bukan Chanyeol,” tegas jurucakap agensi itu seperti yang dipetik oleh spotvnews.

“Kereta itu berbeza daripada apa yang dipakai oleh Chanyeol. Kami akan bertindak tegas mana-mana cubaan menyebarkan maklumat palsu.,” kata jurucakap agensi itu lagi.

Baca lagi: Biadap! Seorang penyanyi idol terkenal dicari hingga ke lubang cacing selepas menunjukkan ‘jari tengah’ depan pengguna jalan raya

Terdahulu, klip video penyanyi idol terkenal digelar sebagai A, menunjukkan jari tengah di depan pengguna jalan raya sambil menyumpah-ranah kembali tertular selepas saksi menceritakan kejadian itu semula di dalam rancangan Channel S ‘Attack on Grandma’ hari ini.

“Orang itu ialah penyanyi idol terkenal. Kalau aku dedahkan namanya, habis terbenam terus reputasi dia,” dakwa saksi merangkap pengguna jalan raya yang menjadi mangsa penyanyi idol A.

Sebaik saja tertular video itu, khabar angin menjurus kepada Chanyeol berdasarkan klu yang menunjukkan bahawa penyanyi idol itu memiliki jari yang panjang dan kereta Mercedes benz yang dinaiki olehnya agak mirip dengan Chanyeol.

Sumber: spotvnews

loading...