Yang Hyun Suk pernah ugut untuk hentikan siasatan penyalahgunaan dadah terhadap Hanbin (B.I.), dakwa saksi

Yang Hyun Suk dikatakan telah mengugut ‘pemberi maklumat’ bagi menghentikan siasatan penyalahgunaan dadah terhadap Hanbin (B.I.), bekas ahli ikON.

A, yang merupakan bekas pelatih nyanyian, tampil membuat kenyataan tersebut sebagai saksi di perbicaraan melibatkan bekas CEO YG Ent. itu di Mahkamah Tinggi Seoul Tengah hari ini, 18 April 2022.

” ‘Aku orang boleh melihat sebarang bukti kenyataan. Kau pun akan berada di dalam industri hiburan juga, jadi ia bukannya soal untuk membunuh salah seorang daripada korang’ ,” kata A yang memetik perbualannya dengan Yang Hyun Suk pada Ogos 2016 apabila diasak oleh pendakwaraya jika benar dia disuruh untuk menukar kenyataan tersebut.

Yang Hyun Suk dituduh di atas cubaan untuk memujuk dan mengugut A untuk menghentikan siasatan penyalahgunaan dadah terhadap Hanbin ketika A menegaskan bahawa Hanbin pernah membeli dadah sewaktu A disoal-siasat oleh polis. Mengenang kembali kejadian pada ketika itu, A berkata, “Aku ingat aku akan mati jika tidak mendengar cakap Yang Hyun Suk.”

Yang Hyun Suk mengaku pernah mengenali A tetapi menegaskan dirinya tetap tidak bersalah.

Dalam perkembangan berlainan, Hanbin telah dijatuhkan hukuman pergantungan selama empat tahun dengan tiga tahun penjara jika melanggar arahan pergantungan tersebut. Hanbin juga perlu menjalani rawatan terapi dadah selama 40 jam, menjalani khidmat komuniti selama 80 jam dan membayar denda sebanyak 1.5 juta won (~RM5,164.39).

Sumber: ytn

loading...