T.O.P BIGBANG diserang Blinks gara-gara hantaran terkini yang memuji persembahan 2NE1

T.O.P (atau nama sebenarnya Choi Seung Hyun) diserang netizen daripada kalangan peminat Blackpink, Blinks gara-gara hantaran terkininya yang memuji persembahan 2NE1 tanpa menyebut nama Blackpink.

Pada 18 April 2022 hari ini, T.O.P telah membuat hantaran terkini berkenaan persembahan 2NE1 di Coachella dengan menangkap layar kapsyen bergambar yang dipercayai dipetik daripada twitter Pop Craze. Bagaimanapun, untuk versi dikongsikan oleh T.O.P menerusi instastory-nya, T.O.P telah memadamkan ‘…#Blackpink as only the second Kpop…’ menjadikan kapsyen gambar itu berbunyi, ‘#2NE1 joins…group to ever perform at #Coachella’.

Hantaran terkini daripada T.O.P telah mendatangkan reaksi negatif dalam kalangan ‘Blinks’ kerana tindakannya itu dilihat cuba untuk meluputkan nama Blackpink dan memadamkan kejayaan yang pernah diraih oleh Blackpink di persada dunia. ‘Blinks’ meluahkan perasaan tidak berpuas hati mereka di ruang komentar instagram T.O.P, sampaikan ada yang berharap BIGBANG dibubarkan serta-merta.

Manakala sebahagian netizen lain pula mempertahankan tindakan T.O.P tersebut kerana menyangka T.O.P menyedari akan gesaan daripada segelintir pihak tertentu yang tidak mahu dia mengaitkan dirinya dengan Blackpink, menyebabkan dia memadam nama ‘Blackpink’ atau mana-mana yang berkait dengan YG Ent.

BIGBANG baru saja melancarkan single terbaru mereka, ‘Still My Life’ dan lagu tersebut secara tak rasmi telah memecahkan rekod kesempurnaan (“perfect-all-kill”) untuk lagu terbanyak bagi mana-mana kumpulan kpop di Korea.

Sumber: Instagram, twitter

loading...