2NE1 terjah pentas Coachella untuk pertama kali sejak dibubarkan 6 tahun lalu

2NE1, kumpulan kpop perempuan paling sensasi di seluruh dunia sekitar awal tahun 2010-an, berkenan untuk menerjah pentas Coachella yang berlangsung di Indio, California, Amerika Syarikat pada 17 April 2022 hari ini.

Kempat-empat ahli 2NE1: Sandara Park, Gong Minji, Bom Park dan C.L. dilihat bersatu di atas pentas menyanyikan lagu ‘I Am The Best’, lagu  siulan 2NE1 yang dikeluarkan pada tahun 2011. Persembahan mereka dipaparkan secara langsung menerusi cenel Youtube Coachella dan ditonton oleh sekalian peminat muzik di seluruh dunia.

Menurut sumber, keputusan untuk menyaksikan keempat-empat ahli beraksi kembali di atas satu pentas, dibuat atas inisiatif ketua mereka C.L atau nama sebenarnya Lee Chae Rin. Kehadiran mereka di pentas berkenaan nanti dipersetujui untuk tidak diumumkan terlebih dahulu.

“Walaupun C.L. asalnya dijemput ke ‘Coachella’ sebagai artis solo hasil kolaborat bersama 88 Rising, namun C.L. tekad untuk memberikan kejutan kepada peminat-peminat yang mahu menyaksikan 2NE1 di atas pentas. Maka atas sebab itulah, C.L. mahu beraksi bersama-sama rakan-rakan 2NE1 dan pentas Coachella ini dipilih,” kata sumber yang dipetik oleh Newsen menerusi pihak pengurusan C.L.

Secara tidak langsung, persembahan di Coachella itu menjadi persembahan mereka yang paling sulung sejak 2NE1 dibubarkan secara rasmi pada enam tahun lalu. Ketika itu sekitar Mei 2016, YG Ent. mengumumkan bahawa kontrak eksklusif dengan 2NE1 telah berakhir sebaik saja Gong Minji tidak lagi  bersama dengan mereka. Ironinya, keputusan tersebut bukanlah dibuat di atas persetujuan mereka masing-masing apabila Gong Minji dan C.L. mendedahkan cerita sebenar pada Dec 2021 lalu bahawa mereka hanya mengetahui berita tersebut menerusi media.

Baca lagi: 7 Sebab kenapa 2NE1 sukar untuk dilupakan selepas terbubar untuk selama-lamanya

“Aku terbaca artikel tentang pembubaran 2NE1 ketika sedang seronok makan bersama-sama dengan rakan terdekat untuk menyambut hari Thankgiving. Berita tersebut telah merobek hatiku,” kata C.L. yang akhirnya lega bahawa dia kini sudah boleh membuat keputusan sendiri.

Sumber: newsen

loading...