Punyalah gigih angkat papan sepanduk, akhirnya tubuh sasa Jungkook BTS menjadi ‘santapan’ peminat itu

Jungkook BTS pandai merealisasikan khidmat peminat (‘fan service’) dengan caranya tersendiri.

Baru-baru ini pada 9 April 2022, sewaktu BTS sedang menjayakan konsert jelajah ‘Permission to Dance’ di Las Vegas, beberapa peminat dilihat melakarkan papan tanda terteranya ungkapan, “Kami mahu fokus di sini (‘We want to focus on’) ” dengan anak panah tertunjuk pada bahagian abdomennya.

GiantMinorAmericanwarmblood

Peminat itu kemudiannya mengangkat papan tanda berkenaan, lantas berjaya menangkap perhatian Jungkook yang tengah sibuk beraksi bersama BTS di atas pentas. Tanpa semena-mena, Jungkook segera mengangkat kedua-dua Tshirt hitam dan jaket kuningnya, lalu mendedahkan tubuh sasanya itu buat santapan peminat. Tindakan spontannya itu menyebabkan peminat menjadi tidak keruan dan menjerit untuk seketika.

Tidak cukup dengan itu, Jungkook juga dilihat memakai baju singkat berwarna hitam di dalam persembahan lagu seterusnya sehingga kadang-kala mendedahkan separa tubuhnya apabila cuba menginjakkan badannya.

Pemakaian baju singkat ini memang disengajakan oleh Jungkook dalam mana-mana persembahan terutamanya lagu ‘DNA’ di dalam konsert jelajah BTS kerana memudahkannya untuk melakukan aksi sedemikian. Sebelum ini, Jungkook juga agak terbuka menjawab persoalan peminat ketika ditanya tentang keadaan otot perutnya yang mampu berkilau-kilau.

Sementara itu, setelah berakhirnya konsert hari ini, BTS masih mempunyai baki tiga hari lagi untuk menjayakan konsert di lokasi sama yakni pada hari esok, 15 dan 16 April 2022.

Sumber: N/A