[Gempar] Son Naeun akhirnya tinggalkan Apink sebelum sambutan ulangtahun ke-11

Son Naeun akhirnya meninggalkan Apink sebelum kumpulan itu menyambut ulang tahun ke-11 pada 19 April 2022 ini.

Berdasarkan laporan eksklusif daripada The Fact, sumber memaklumkan Naeun terlalu sibuk sehingga tidak dapat mengagihkan kerjaya lakonannya dengan aktiviti sebagai penyanyi idol. “Naeun memutuskan untuk terlibat lagi dalam mana-mana Apink selepas ini kerana ada jadual lain bertindih pada waktu sama,” kata sumber tersebut.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh YG Ent. pada 18 Jan 2022 lalu, Naeun memutuskan untuk tidak menyertai promosi tambahan Apink   melainkan jaket dan penampilan di dalam muzik video saja untuk album istimewa Apink pada Februari 2022 lalu kerana pertindihan jadual projek (lakonan) yang tidak dapat dielakkan. Pada ketika itu, tiada tanda-tanda menunjukkan bahawa dia akan keluar daripada Apink dan jaminan itu turut dibuat agensi barunya, YG Ent.

Apink dijangka akan melancarkan lagu pilihan peminat sempena sambutan ulang tahun ke-11 nanti.

Sumber: The Fact

loading...