Jake ENHYPEN digesa buat penjelasan selepas dilihat memakai loket dengan nama ‘Allah’

Jake atau nama sebenarnya Sim Jae Yoon ENHYPEN digesa membuat penjelasan berhubung penularan gambarnya memakai loket dengan nama ‘Allah’ tertera di atasnya.

Netizen daripada kalangan peminat umat Islam itu melahirkan rasa kekecewaan mereka setelah mendapati Jake ENHYPEN memakainya dan membayangkan penyanyi itu mungkin akan menari dengan loket berkenaan di atas pentas.

Luahan tersebut ditujukan buat Jake ENYPEN dan juga krew penggayanya terutamanya, kerana mereka dilihat tidak sensitif dengan perasaan orang Islam yang tidak mahu melihat sebarang produk berkaitan keagamaan dijadikan sebagai aksesori lagi-lagi ia memperlihatkan penggunaan nama ‘Allah’. Isu ini timbul semula selepas beberapa artis Kpop turut menerima kecaman daripada netizen sebelum ini akibat memakai alatan berkaitan keagamaan sebagai perhiasan diri mereka.

ENHYPEN kini sedang rangka mempromosikan album repackaged ‘Dimension: Answer’ dengan lagu Blessed Cursed dijadikan sebagai single.

Sumber: twitter

loading...