Nama penyanyi Taiwan, ØZI tertular di media sosial gara-gara video lucahnya tersebar

Seorang penyanyi Taiwan, ØZI atau nama sebenarnya Stefan Chen Yi-fan disebut-sebut netizen gara-gara video lucahnya tersebar di media sosial.

Video dengan durasi 48 saat itu memaparkan seorang lelaki dipercayai ØZI sedang bogel bersama dengan seorang gadis berambut pendek di dalam bilik mandi. Video tersebut dipercayai dirakam oleh ØZI sendiri sebagai koleksinya.

Berikutan penyebaran video lucahnya, agensi mengesahkan pelaku tersebut ialah ØZI sendiri dengan bekas teman wanitanya dahulu, berkemungkinan empat hingga lima tahun lalu memandangkan ØZI belum melakarkan tatu ditubuhnya ketika itu.

Wanita itu juga disahkan bukan Keanna Taiyh, yang mana gosip percintaan mereka turut disebarkan media Taiwan sebelum ini. Lebih memilukan, Keanna Taiyh merupakan isteri orang ketika dia menjalinkan hubungan percintaan dengan ØZI.

Tidak diketahui siapa yang menyebarkan video seks tersebut, namun ia menyebabkan ØZI rasa berduka dan mahu mengambil tindakan saman bagi membasmi penularannya.

Sumber: hypemy

loading...