Sekurang-kurangnya satu projek drama yang melibatkan penampilan Jaehyun NCT mungkin bakal menemui penonton pada tahun 2022 ini dengan bersyarat.
Memetik daripada sumber terdekat, jurucakap pihak produksi KBS dilaporkan berkata, “Tika ini, tayangan yang dibuat pada awal pertengahan tahun 2022 mungkin agak sukar. Kami akan berbincang balik selepas keputusan siasatan polis sudah keluar sepenuhnya.”
Sebelum ini, disebabkan pendedahan kejadian buli yang berterusan terhadap Park Hye Soo, pihak produksi KBS sedang berkira-kira untuk menayangkan drama ‘Dear M’ gandingannya bersama Jaehyun NCT. “Kami tengah bergelut dengannya yang sepatutnya disiarkan pada 26 Feb 2021. Kami tak pasti samada dakwaan itu betul atau tidak, tapi kami rasa terbeban untuk menyiarkan ‘Dear M’ seperti dirancangkan. Kami sedang memerhati situasi ini dengan penuh teliti,” kata jurucakap KBS ketika itu. Maka, tayangan drama tersebut telah ditundakan sejak sebelas bulan lalu.
Ini bukan kali pertama Jaehyun berhadapan dengan projek drama yang dibatalkan di saat-saat akhir. Drama yang diberikan judul ‘Bungee Jumping’ itu dikatakan bakal mengadaptasikan cerita daripada filem dengan tajuk sama pada tahun 2001 lakonan Lee Byung Hyun dan diterbitkan oleh Kakao TV. Namun, perancangan yang dibuat sekian lama itu tidak berhasil selepas Kakao TV mengumumkan pembatalannya secara tiba-tiba pada 9 Disember 2021 lalu.
Sumber: moneytoday