BTS kini boleh berbangga dengan pencapaian mereka di negara matahari terbit, Jepun apabila diiktiraf sebagai artis terkaya sekali di sana mengatasi pencapaian selebriti-selebriti tempatan sepanjang tahun 2021.
Menurut Oricon, BTS menjadi artis bukan berbangsa Jepun pertama meraih kedudukan no.1 di dalam carta tahunan artis Oricon dengan mengaut keuntungan berjumlah 18.48 Billion Yen (~RM 677.35 juta) sepanjang tahun 2021.
Malah bukan setakat itu saja, BTS turut menjadi artis bukan berbangsa Jepun pertama menduduki posisi no.1 di dalam carta tahunan album Oricon menerusi album mereka, “BTS, THE BEST”, sejak Micheal Jackson lakukan menerusi “Thriller” pada tahun 1984, 37 tahun yang lalu. “BTS, THE BEST” berjaya merekodkan jualan sebanyak 993,000 unit, sesuatu pencapaian yang sukar diatasi oleh mana-mana artis bertapak di Jepun sepanjang tahun 2021.
Sebelum ini, beberapa artis Korea agak berjaya menembusi pasaran muzik Jepun, termasuklah Boa, TVXQ (Tohoshinki) , dan TWICE manakala pencapaian BTS pula dilihat lebih mendominasi di rantau tersebut ketika ini.
Sumber: oricon