Drama jtbc Snowdrop tetap diteruskan tayangan meskipun berdepan dengan kecaman daripada netizen.
“Kami dapati tiada perisik yang mengetuai gerakan perjuangan kebebasan demokrasi dan sekiranya drama ini selesai tayangannya, segala kekusutan dapat dileraikan,” kata jurucakap pihak produksi.
Bercakap tentang kritikan mengenai perjuangan kebebasan demokrasi di dalam drama itu, jurucakap menambah, “Tiada perisik di dalam Snowdrop. Ia memang tak wujud pun. Walaupun Snowdrop berlatarbelakangkan perkara penting yang berlaku ketika piliharaya presiden 1987 di mana kerajaan masa itu diperintah oleh rejim tentera, Snowdrop hanyalah sebuah naskah tentang mereka yang dipergunakan dan tertindas akibat kerakusan mereka yang berkuasa.”
Meskipun begitu, pihak produksi tetap terbuka menerima pandangan daripada netizen berkenaan perkembangan drama ini di kemudian hari dengan membuka laman sembang di web jtbc untuk membolehkan netizen meluahkan pandangan mereka dari semasa ke semasa.
Sebelum ini, jtbc Snowdrop berhadapan dengan laluan getir apabila ratusan ribu orang tandatangani petisyen mahu menghentikan tayangan serta-merta. Setakat ini, petisyen tersebut sudah pun meraih lebih 280,000 ribu tandatangan.
Untuk warga Malaysia, Snowdrop boleh ditonton menerusi cenel Disney+ Malaysia setiap Sabtu dan Ahad.
Sumber: mk