Kemain lagi perlekeh bunyi siren gempa bumi sebenar, Doyoung, Mark & Johnny NCT mohon maaf

May be an image of 3 people

Doyoung, Mark dan Johnny NCT hari ini membuat permohonan maaf selepas menyedari mereka tersalah anggap bunyi siren gempa bumi sebenar sebagai gimik dan menjadikannya bahan jenaka kemudian.

Sewaktu mengadakan promosi sempena pelancaran album ketiga mereka, ‘Universe’ di dalam ‘NCT Countdown Live’ tadi, seorang ahli NCT berkata dia menerima satu mesej yang mungkin berkaitan dengan Covid-19 selepas bunyi siren berhenti.

“Itu bunyi siren untuk suruh orang pakai topeng muka”, kata Mark.

“Pulau Jeju? Ada gempa bumikah kat sana?,” tanya ahli NCT yang lain.

“Earthquake?? (Merujuk nama lagu nyanyian mereka di atas pentas) ,”kata Doyoung sambil bergelak tawa. Mark Lee kemudiannya menyanyi dan Johnny pula bangkit daripada tempat duduknya lalu membuat aksi tarian.

Menyedari akan kekhilafan mereka, ahli-ahli NCT lain minta nyanyian lagu itu dihentikan. Ketiga ahli-ahli NCT yang cuai tersebut bertindak membuat permohonan maaf di media sosial masing-masing untuk dikongsikan buat tatapan peminat.

“Aku tersilap kerana tidak peka tentang apa yang berlaku tadi. Tiada alasan, aku mohon maaf sangat-sangat,” kata Doyoung. “Aku rasa bersalah sangat kerana tak memahami situasi dan begitu cuai sangat, maaf,” kata Mark pula. “Aku memohon maaf kerana tindakan kurang sensitif dan akan berwaspada di masa akan datang,” tulis Johnny pula.

Bunyi siren gempa bumi yang sebenar itu merujuk kepada aktiviti gegaran dengan magnitud 4.9 yang berlaku berdekatan dengan Pulau Jeju pada 5.19 petang 14 Disember 2021 hari ini.

Sumber: OSEN

loading...