Laman instagram BTS yang baru dibuka masing-masing, diserbu jutaan peminat Kpop

May be an image of 6 people and indoor

BTS secara rasmi telah melancarkan akaun peribadi Instagram ahli masing-masing. Kesemua akaun tersebut telah pun disahkan oleh pihak Instagram sendiri.

Sejak dibuka pada awal pagi tadi, kesemua akuan berkenaan telah mencecahkan bilangan pengikut setiap satunya sebanyak lebih 3 juta orang dengan Taehyung mendahuluinya (4.1 juta), diiringi oleh Jungkook (4 juta), Seokjin (3.9 juta), Jimin (3.9 juta), .JHope (3.8 juta), Suga (3.8 juta), dan Namjoon (3.7 juta).

Ini kali pertama ahli-ahli BTS terbabit di dalam menguruskan akaun sosial peribadi mereka sendiri selain Weverse yang lebih banyak tertumpu kepada netizen Korea.

Dengan terbukanya akaun instagram mereka, moga peminat Kpop di serata dunia dapat berinteraksi dengan BTS lebih kerap selepas ini.

loading...