Song Joong Ki dan Lee Sung Min akan bersatu terajui drama terbaru JTBC

Selepas “Vincenzo”, Song Joong Ki akan kembali beraksi dengan drama terbaru disamping pelakon Lee Sung Min.

Terdahulu, kedua pelakon ini dilaporkan telah ditawarkan untuk membintangi drama terbaru JTBC “Chaebol Family’s Youngest Son”. Pada 20 Julai, JTBC telah mengesahkan penglibatan Song Joong Ki dan Lee Sung Min dalam drama terbaru produksi tersebut.

“Chaebol Family’s Youngest Son” adalah berdasarkan sebuah komik dengan tajuk yang sama yang membawakan genre drama fantasi yang mengisahkan setiausaha keluarga chaebol yang dilahirkan semula sebagai anak bongsu keluarga tersebut.

Song Joong Ki akan membawakan watak sebagai Yoon Hyun Woo, yang akhirnya mati setelah dituduh menyeleweng kekayaan keluarga Kumpulan Sunyang yang selama ini dia setia berkhidmat kepada keluarga tersebut. Dia kemudian dilahirkan semula sebagai anak bongsu keluarga Sunyang sebagai Jin Do Joon dan merancang untuk mengambil alih syarikat itu untuk membalas dendam.

Lee Sung Min pula disahkan untuk memegang peranan Jin Yang Chul, ketua Kumpulan Sunyang. Jin Yang Chul merupakan watak yang tanpa belas kasihan kerana telah dikuasai dengan wang ringgit. Oleh sebab ketamakkannya, dia akan buat apa sahaja demi duit.

Seperti yang dilaporkan media sebelum ini, Shin Hyun Been dan Tiffany turut ditawarkan untuk membintangi “Chaebol Family’s Youngest Son.”

Naskhah “Chaebol Family’s Youngest Son” yang dinukil oleh Kim Tae Hee yang sebelum ini menghasilkan skrip “Sungkyunkwan Scandal” dan “A Beautiful Mind,” dan akan disutradarai oleh Jung Dae Yoon yang pernah mengarahkan drama “She Was Pretty” dan “W.” Drama ini dijadualkan untuk ditayangkan pada 2022 menerusi rangkaian JTBC.

Buat peminat aktor-aktor ini, anda boleh menonton drama tekini Song Joong Ki menerusi drama tvN “vincenzo”, KBS “Descendants of the Sun” dan tvN “Arthdal Chronicles”. Manakala buat Lee Sung Min, anda boleh menonton lakonannya menerusi tvN “Money Game”, “Misaeng: Incomplete Life” dan “Memory”. Terbaru, Lee Sung Min akan bergandingan dengan Kim Hye Soo untuk drama terbaru Netflix “Juvenile Judgement”.

Sumber : sports chosun | mk.co

loading...