Rating drama “The Devil Judge” dan “Nevertheless” meningkat; “Love (Ft. Marriage And Divorce) 2” pecah rekod rating drama sendiri di TV Chosun

Persaingan antara drama hujung minggu semakin sengit!

Pada 10 Julai, drama baru tvN “The Devil Judge” – yang dibintangi oleh Ji Sung, Jinyoung GOT7, dan Kim Min Jung nampaknya semakin mendapat perhatian penonton untuk episod ketiga. Menurut Nielsen Korea, siaran terbaru drama ini mendapat penilaian purata di seluruh negara sebanyak 5.5 peratus, sekaligus memperlihatkan peningkatan dari episod keduanya minggu lalu.

“The Devil Judge” juga mengambil tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran – bahkan termasuk rangkaian siaran awam – antara demografi utama penonton adalah dikalangan penonton berusia 20 hingga 49 tahun, di mana mereka telah mencatatkan purata tontonan 2.5 peratus di seluruh negara dan waktu puncak 3.2 peratus .

Drama JTBC “Nevertheless” menyaksikan peningkatan tontonan untuk episod keempatnya, dengan memperoleh purata penilaian di seluruh negara sebanyak 1.7 peratus.

Sementara itu, “Love (ft. Marriage and Divorce) 2” mencatatkan rekod baru untuk penayangannya setelah memperolehi tontonan tertinggi dalam sejarah drama yang pernah ditayangkan di TV Chosun. Perkara ini turut menyaksikan “Love (ft. Marriage and Divorce) 2” memecahkan rekod tayangannya sendiri yang dicatatkan pada musim yang pertama. Drama ini memperoleh penilaian purata tontonan sebanyak 11.3 peratus di seluruh negara untuk episod terbarunya, sekaligus melonjak ke dua digit di tempat pertama dalam slot waktunya.

tvN “Voice 4” tetap stabil dengn mengekalkan penarafan purata tontonan diseluruh negara sebanyak 3.7 peratus daripada episod terdahulu pada malam sebelumnya. Drama ini juga mendapat tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran – termasuk rangkaian penyiaran awam – antara demografi utama penonton adalah yang berusia antara 20 hingga 49 tahun, sehingga ia memperoleh purata tontonan di seluruh negara sebanyak 2. 3 peratus dan waktu puncak sebanyak 2.9 peratus.

Akhir sekali, KBS “Sisters Revolution” terus menjadi drama utama pilihan penonton pada setiap Sabtu apabila mencatatkan purata tontonan sebanyak 27.0 peratus di seluruh negara untuk tayangan malam tadi.

“The Devil Judge” boleh ditonton menerusi tvn Asia Astro Ch395, Astro Go dan Unifi TV pada setiap Ahad dan Isnin jam 10.30 malam. Drama ini juga boleh ditonton menerusi platform Viu Malaysia, iQIYI dan WeTV.

“Nevertheless” dan “Love (ft. Marriage and Divorce) 2” pula boleh ditonton menerusi platform Netflix .

“Voice 4” pula boleh ditonton menerusi tvn Asia Astro Ch395, Astro Go dan Unifi TV pada setiap Sabtu dan Ahad jam 9.15 malam. Drama ini juga tersedia di platform Viu Malaysia, iQIYI dan WeTV.

Manakala, “Revolutionary Sisters” boleh ditonton menerusi KBS World TV setiap Sabtu dan Ahad jam 9 malam. Ia juga tersedia di Viu Malaysia dengan episode yang terkini.

Jadi, drama yang mana korang tonton antara lima ni?

Sumber : (1) | (2) | (3) | (4) | (5)

loading...