Temui pelakon drama SBS Penthouse, Kim Young Dae melalui ONE ASTRO

May be an image of 1 person and text that says 'astro ONE Ch 393 ONE DERFUL DAY WITH KIM YOUNG DAE WIN your exclusive MEET & GREET pass Hurry join now! Contest ends Mar 21 Terms and conditions apply.'

Bagi peminat yang mengikut drama Korea PENTHOUSE yang kini menayangkan musim ke-2 drama tersebut di saluran ONE dan mengemari watak Joo Seok Hoon,  pasti akan teruja kerana akan bakal berpeluang untuk bertemu biarpun secara alam maya bersama dengan pelakon ini.

Bersempena dengan ulangtahun ke-25 ASTRO, selain dari menyiarkan konsert terbesar KCON:TACT 3 secara percuma melalui aplikasi ASTRO GO. Saluran ONE telah mengajurkan sebuah pertandingan menawarkan peluang kepada pelanggan ASTRO untuk bertemu secara tertutup bersama dengan Kim Young Dae.

Acara ini diberi nama ‘ONEderful DAY WITH KIM YOUNG DAE’ akan diadakan secara tertutup pada 28 Mac 2021 dari jam 2.45 sehingga 3.40 petang.

Pertandingan ini telah pun bermula dari semalam 12 Mac 2021 dan akan berakhir pada 21 Mac 2021. Anda boleh layari laman web promotions.astro.com.my dengan menjawab 2 soalan mudah dan cuma 14 pemenang pelanggan Astro sahaja akan terpilih untuk ‘Meet & Greet” ini. Nama pemenang akan diumumkan pada 25 Mac 2021.

Ah…ini tips berharga dari Astro bagi memudahkan peluang untuk menang adalah dengan melanggani pek Korea Astro. Ah…mudahnya kan.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang berharga ini, layari promotions.astro.com.my sekarang untuk turut serta didalam pertandingan ini.

loading...