Cha Eun Woo bakal menjadi pemburu ‘Goblin’ di samping Seo Ye Ji & Kim Nam Gil di dalam drama terbaru OCN Island

May be an image of 3 people

Cha Eun Woo sedang mempertimbangkan tawaran lakonan di dalam drama terbaru terbitan OCN, ‘Island’.

OCN Island, yang diadaptasikan daripada webtoon dengan judul sama, berkisarkan tentang rahsia terpendam di kepulauan Jeju di mana puluhan hantu ‘Goblin’ berlegar-legar untuk membunuh manusia.

Kim Nam Gil akan memegang watak paderi Kumasa yang tidak mempunyai berperasaan dan kekal abadi, yang akan memastikan nasib Won Mi Ho (lakonan Seo Ye Ji) tidak berakhir dengan tragedi apabila gadis perawan itu menjadi sasaran hantu ‘Goblin’. Won Mi Ho merupakan anak bangsawan terkaya di pulau tersebut dan memilih untuk bekerja menjadi cikgu pendidikan moral di sekolah menengah tinggi.

Manakala, Cha Eun Woo pula akan membawakan watak Kang Chan Hyuk (John Skelp), juga seorang paderi Kumasa yang bakal memburu Goblin. Jika Cha Eun Woo menerimanya, maka ia akan menjadi drama terbaru lakonannya selepas tvN True Beauty yang baru saja habis bersiaran.

OCN Island yang mendapat sentuhan pengarah Bae Jong dan penulis skrip tersohor daripada bidang perfileman, Jang Yoon Mi ini, dijangka akan ditayangkan dalam 10 episod saja menjelang pertengahan tahun 2021.

Sumber: newsen

loading...