BTS julang dua anugerah utama di Korean Music Awards (KMA) 2021 persis Grammy Korea

May be an image of 7 people and people standing

Pada 28 Feb 2021 lalu, Korean Music Awards (KMA) ke-18 telah pun mengumumkan keputusan pemenang-pemenangnya menerusi siaran di atas talian, Naver NOW.

BTS membawa pulang dua buah trofi masing-masing menerusi anugerah Song of The Year dan Best Pop Song diperolehi daripada single berbahasa Inggeris keluaran mereka, ‘Dynamite’. Ini kali kedua BTS dianugerahkan Song of The Year di KMA apabila mereka kali pertama melakukannya dengan ‘Fake Love’ pada tahun 2019.  Menjelaskan kemenangan mereka di KMA 2021, Jungkook berkata, “Saya rasa ramai tersentuh dengan keikhlasan yang kami cuba tonjolkan di dalam ‘Dynamite’. Kami akan bekerja kuat lagi membayar balik penganugerahan ini dengan muzik yang lebih baik.”

Namun, sedikit hampa buat peminat Army secara amnya apabila BTS masih gagal membawa pulang trofi ‘Album of The Year’, anugerah yang belum pernah dimenangi oleh BTS di KMA sejak mula bergiat aktif pada tahun 2013 hatta beberapa album keluaran BTS itu telah pun melakarkan rekod jualan yang menakjubkan melebihi jutaan unit di Korea saja. Anugerah ‘Album of The Year’ pada tahun 2021 ini telah dimenangi oleh Jeongmilla menerusi albumnya, ChungPa Sonata.

KMA menilai kualiti album dan lagu berbanding populariti artis berkenaan, maka pencapaian muzik menjadi kunci kepada kemenangan mereka. Persis dianggap Grammy Korea, KMA dilihat cuba menyatukan gap di antara muzik-muzik ‘mainstream’ dan bukan ‘mainstream’ (muzik-muzik indie).

Berikut ialah pemenang-pemenang KMA 2021 dengan LEENALCHI mengungguli sebanyak 3 anugerah.

  • Album of the Year: “ChungPa Sonata” (Jeongmilla)
  • Song of the Year: “Dynamite” (BTS)
  • Artist of the Year: LEENALCHI
  • Rookie of the Year: Meaningful Stone
  • Best Rock Album: “Daydream” (ABTB)
  • Best Rock Song: “Daydream” (feat. YoonChul Shin) (ABTB)
  • Best Modern Rock Album: “Blue Pillow” (Jo Dongik)
  • Best Modern Rock Song: “Tiger Is Coming” (LEENALCHI)
  • Best Metal and Hardcore Album: “All the Wounded and Broken” (Remnants of the Fallen)
  • Best Pop Album: “Every letter I sent you.” (Baek Yerin)
  • Best Pop Song: “Dynamite” (BTS)
  • Best Dance and Electronic Album: “Open Mind” (Mogwaa)
  • Best Dance and Electronic Song: “Bye Bye Summer” (Aseul)
  • Best Rap and Hip Hop Album: “GAROSAWK” (Khundi Panda)
  • Best Rap and Hip Hop Song: “Mama Lisa” (Swervy)
  • Best R&B and Soul Album: “Serenade” (Sunwoo JungA)
  • Best R&B and Soul Song: “Ritual Dance” (Chudahye Chagis)
  • Best Folk Album: “ChungPa Sonata” (Jeongmilla)
  • Best Folk Song: “Departing from Seoul Station” (Jeongmilla)
  • Best Jazz Album: “Song Changsik Song Book” (MALO)
  • Best Crossover Album: “SUGUNGGA” (LEENALCHI)
  • Best Jazz and Crossover Performance: “Colorist” (Soojin Suh)
  • Special Achievement Award: Deulgukhwa
  • Special Committee Award: “Earkey Project”

Sumber: N/A

loading...