Ini dia senarai penuh pemenang di 44th Blue Dragon Film Awards; “Smugglers” dinobat Filem Terbaik

Pada malam tadi, 24 November bertempat di Dewan KBS, Yeouido telah berlangsung 44th Blue Dragon Film Awards. Kali ini pelakon Kim Hye Soo dan Yoo Yeon Seok kembali sebagai hos bagi majlis berprestij ini. Anugerah ini diadakan bagi memberi penghormatan kepada beberapa pencapaian terbesar tahun ini dalam filem.

Pada tahun ini, dapat disaksikan filem “Smugglers” muncul pemenang besar malam itu, apabila berjaya merangkul empat anugerah termasuk Best Picture, Best Supporting Actor (Jo In Sung), Best New Actress (Go Min Si), dan Best Music.

Sementara itu, “The Night Owl” membawa pulang tiga anugerah, termasuk Pengarah Baharu Terbaik (Ahn Tae Jin), Penyuntingan Terbaik, dan Sinematografi dan Pencahayaan Terbaik. (Best New Director, Best Editing, & Best Cinematography and Lighting)

“Conrete Utopia” tidak kurang hebatnya apabila memenangi dua anugerag besar pada malam itu menerusi  Pengarah Terbaik (Um Tae Hwa) dan Pelakon Lelaki Terbaik (Lee Byung Hun). Nampaknya, persembahan Lee Byung Hun tidak boleh disangkal lagi kerana pelakon itu telah mengekalkan pegangan Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem yang sama dalam beberapa anugerah lain.

Pelakon utama filem “Sleep” Jung Yu Mi dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik”, manakala Jeon Yeo Been memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk persembahannya dalam “Cobweb.”

Jom semak senarai penuh para pemenang di 43rd Blue Dragon Film Awards!

Best Picture: “Smugglers”

Best Director: Um Tae Hwa (“Concrete Utopia”)

Best Actor: Lee Byung Hun (“Concrete Utopia”)
Best Actress: Jung Yu Mi (“Sleep”)

Best Supporting Actor: Jo In Sung (“Smugglers”)
Best Supporting Actress: Jeon Yeo Been (“Cobweb”)

Best New Actor: Hong Sa Bin (“Hopeless”)
Best New Actress: Go Min Si (“Smugglers”)

Best New Director: Ahn Tae Jin (“The Night Owl”)

Best Screenplay: July Jung (“Next Sohee”)

Best Art Direction: Jeong Yi Jin (“Cobweb”)

Best Music: Jang Ki Ha (“Smugglers”)

Best Technical Achievement: Jin Jong Hyun (“The Moon”)

Popular Star Awards: Jo In Sung, Song Joong Ki, Park Bo Young, Kim Seon Ho

Audience Choice Award for Most Popular Film: “The Roundup: No Way Out”

Best Editing: Kim Sun Min (“The Night Owl”)

Best Cinematography and Lighting: Kim Tae Kyung, Hong Seung Chul (“The Night Owl”)

Best Short Film: Yoo Jae In (“Ghwa the Last Name”)

Tahniah diucapkan kepada para pemenang!

Sumber : 1

loading...