Chanyeol EXO bakal sertai khidmat ketenteraan mulai Mac 2021 depan

May be an image of 1 person

Chanyeol EXO bakal menjalani khidmat ketenteraan mulai 29 Mac 2021 depan.

Ia menjadikan Chanyeol ahli EXO kelima dikerahkan untuk berkhidmat selepas Xiumin, Do Kyung Soo, Suho dan Chen. Hanya Xiumin dan Do Kyung Soo saja yang sudah habis berkhidmat dan kini bergerak aktif dengan projek solo masing-masing.

Diiktiraf sebagai penyanyi rap terulung di samping Sehun di dalam EXO dipanggil sebagai EXO-SC, kumpulan sub unit ini telah berjaya menghasilkan dua buah album duet bersama iaitu ‘What a Life’ pada tahun 2019 dan ‘1 Billion Views’ pada tahun 2020. ‘1 Billion Views’ telah meraih jualan melebihi setengah juta unit dan menjuarai beberapa carta muzik tempatan.

Sementara itu, SM Ent. turut mengesahkan kepergian Chanyeol untuk menunaikan kewajipannya sebagai rakyat Korea. “Lokasi dan masa tidak boleh didedahkan. Tiada majlis keraian akan dibuat,” tegas SM Ent.

Baca lagi: Chanyeol EXO buka cerita selepas 4 bulan mendiamkan diri

Kelmarin, Chanyeol membuka cerita tentang tuduhan liar yang berkait tentang dirinya setelah hampir 4 bulan mendiamkan diri. Di dalam bingkisan yang sama, Chanyeol berterima kasih terhadap ucapan-ucapan dilontarkan oleh peminat terhadap sambutan hari jadinya sebelum ini.

Sumber: donga

loading...