[Gempar] Yeosang ATEEZ, Jihan Weeekly & Kim Yo Han Wei pula ditabalkan sebagai hos baru untuk SBS The Show

May be an image of 3 people and text that says 'ET'

Yeosang ATEEZ, Jihan Weeekly dan Kim Yo Han Wei ditabalkan sebagai hos baru untuk rancangan ‘music show’ terkemuka, SBS The Show.

Mereka dilaporkan telah pun menerima tawaran untuk menjadi hos bersama rancangan muzik-muzik itu, menggantikan tempat Sihyeon EVERGLOW, Ju Hyeon The Boyz dan Kim Min Kyu yang terpaksa berhenti berkuatkuasa pada 2 Feb 2021 lalu. Sihyeon EVERGLOW, Ju Hyeon The Boyz dan Kim Min Kyu sempat bekerja menjadi hos bersama selama setahun bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Jeno NCT dan Yeeun CLC sebelum itu.

Juyeon, Sihyeon dan Kim Min Kyu bergandingan sebagai hos bersama.

Pihak produksi yang mengumumkan tentang keputusan berkata, “Anda boleh harapkan gabungan mantap MC itu dengan tiga nama Kim Yo Han, Yeosang, Jihan disatukan sebagai #YoSangHan.” ‘The Show’ merupakan satu-satunya program terbitan SBS yang mendapat kerjasama MTV Asia, TBS Jepun, MTV Russia dan MTV Hits Russia untuk siaran lebih 86 negara di seluruh dunia.

Kim Yo Han mempunyai pengalaman berkecimpung di dalam program realiti tv KBS War of Music People sebelum ini, manakala Yeosang dan Jihan pula dipilih kerana kehebatan diri mereka di dalam bidang masing-masing.

Yeosang ATEEZ, Jihan Weeekly dan Kim Yo Han Wei dijangka akan memulakan tugasan rasmi mereka pada 2 Mac 2021 depan.

Sumber: newsen

loading...