Terlanjur bergambar di sisi patung askar Nazi, Sowon GFriend zahirkan permohonan maaf

May be a closeup of 1 person

Source Music mengeluarkan kenyataan rasmi, memohon maaf bagi pihak Sowon GFriend berhubung kontroversi penyanyi itu bergambar di samping patung askar Nazi sehingga mencetuskan kecaman daripada netizen kerana dikatakan bersikap anti-semitik.

“Kami memohon maaf di atas kontroversi berkenaan di mana foto Sowon itu memaparkan di belakang tadbir VCR ‘Comeback Show’ daripada GFriend. Lokasi penggambaran itu bertempat di kafe terletak di Paju. Namun, krew difahamkan tidak menyedari kewujudan patung askar Nazi berkenaan,” kata jurucakap agensi tersebut.

“Kami memohon maaf kerana tidak memeriksa dengan betul tentang pengunaan prop yang tidak sesuai di lokasi penggambaran, akibatnya kami terlepas pandang tentang fakta sejarah dan isu sosial berkait dengannya,” sambungnya lagi.

Source Music turut memaklumkan Sowon begitu terkejut dan kesal sehingga berasa bersalah dan bertanggungjawab di atas perbuatannya itu. Beliau cepat-cepat memadamkan foto berkenaan setelah menyedari akan implikasi buruknya.

Sumber: news inside

loading...