2021 Gaon Music Awards yang berlangsung sebentar tadi menyaksikan BTS diangkat pemenang Album of The Year menerusi MAP OF THE SOUL: 7 manakala lagu dendangan Changmo, “Meteor” pula merangkul Record of The Year (agak bersamaan dengan Song of the Year dalam anugerah-anugerah sebelumnya) menewaskan lagu-lagu popular seperti Dynamite (BTS), Eight (IU ft. Suga), Psycho (Red Velvet), Any Song (Zico) dan How You Like That (Blackpink).
Selain Album of The Year, BTS turut membawa pulang enam lagi anugerah iaitu Artist of the Year – Physical (suku pertama & keempat tahun 2020) di samping Artist of the Year – Digital (Februari, Mei, Ogos, November). Dalam ucapannya BTS berterima kasih kepada peminat mereka ARMY dan juga Bang Shi Hyuk. “Kami sangat terhutang budi pada keluarga besar Big Hit yang membantu kami menghasilkan album. Jangan lupa saksikan kami BTS di masa hadapan. Kami akan hidangkan kalian dengan muzik dan persembahan yang hebat lagi,” kata BTS dalam ucapan mereka yang direkodkan terlebih dahulu.
Seventeen dan Baekhyun masing-masing diangkat sebagai pemenang Artist of the Year – Physical untuk suka kedua dan ketiga menerusi album hit mereka, Heng : Garae dan Delight bertepatan rekod yang pernah dipecahkan oleh mereka masing-masing. Dalam ucapannya Seventeen mengimbau lagi kenangan menerima anugerah Rookie of The Year sebelum ini. “Teringat bagaimana setiap kami kami bermain hingga nafas terakhir, kami tetap jua mahu beraksi di atas pentas secepat mungkin dan menunjukkan imej yang baik untuk kalian,” kata Seventeen. Manakala Baekhyun pula yang menegaskan bahawa dia akan berusaha dengan lebih gigih lagi setelah mencipta rekod jualan album solo melebihi 1 juta unit lantas berkata, “Saya rasa bila ramai sukakanmu, maka saya tak boleh lagi jadi malas.”
Menariknya, IZONE dan Stray Kids juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila kedua-duanya turut merangkul anugerah Hot Performance of the Year. Dalam ucapannya IZONE berkata, “Ada orang kata Gaon Music Awards sambut ulang-tahun ke-10 tahun ini. Kami berharap IZONE dapat beraksi di atas pentas Gaon Music Awards pada masa hadapan.” Begitu juga dengan Stray Kids yang menyatakan kebimbangannya untuk melaksanakan persembahan dengan baik tetapi berasa sangat dihargai menerima anugerah tersebut.
Untuk tahun 2020 juga, ENHYPEN dan Aespa masing-masing diangkat sebagai pemenang Rookie of The Year untuk Physical dan Digital.
Berikut adalah pemenang-pemenangnya:
Record Production of the Year | Changmo “Meteor” with Ambition Musik
Retail Album of the Year | BTS ‘Map of the Soul: 7‘
Albums of the Year | Quarterly
First Quarter | BTS ‘Map of the Soul: 7‘
Second Quarter | EXO‘s Baekhyun ‘Delight‘
Third Quarter | Seventeen ‘Heng:garae‘
Fourth Quarter | BTS ‘BE‘
Songs of the Year | Monthly
January | Zico “Any Song”
February | BTS “ON”
March | MC the Max “Bloom”
April | Oh My Girl “Nonstop”
May | IU “eight” feat. SUGA
June | BLACKPINK “How You Like That”
July | Zico “Summer Hate” feat. Rain
August | BTS “Dynamite”
September | Kim Chung Ha & Christopher “Bad Boy”
October | BLACKPINK “Lovesick Girls”
November | BTS “Life Goes On”
December | Red Velvet “Psycho“
New Artist of the Year – Digital | aespa
New Artist of the Year – Physical | ENHYPEN
World Rookie Award | ATEEZ | ITZY
Record Production of the Year | Changmo with Ambition Music
World K-Pop Star Award | NCT
Discovery of the Year – Band | Young Tak
Hot Performance Award | IZ*ONE “Oneiric Diary” | Stray Kids ‘IN‘
Popular Singer Award | Hwang In Wook “Phocha”
Style of the Year – Choreography | Son Sung Deuk
Style of the Year – Stylist | Park Min Hee & Kim Bal Ko
Lyricist of the Year | IU
Composer of the Year | Pop Time
Performer of the Year – Musical Instrument Performance | Young
Performer of the Year – Chorus | Kriz
Social Hot Star | BLACKPINK
Top-Kit Seller of the Year | NCT
Music Steady Seller of the Year | IU “Blueming”
K-Pop Contribution of the Year | Lee Soo Man
International Rising Star of the Year | TONES AND I “Dance Monkey”
Mubeat Global Choice Award | BLACKPINK | Lim Young Woong