[GEMPAR] Ilhoon tinggalkan BTOB setelah ditahan atas penggunaan ganja

Image may contain: 1 person, close-up

Wah, berita yang sangat mengejutkan apabila Ilhoon secara rasmi telah meninggalkan BTOB. Terdahulu desas desus kencang bertebaran bahawa Ilhoon terlibat dalam penggunaan ganja dan telahpun ditahan untuk proses siasatan. Untuk makluman juga, Ilhoon kini sedang menjalani khidmat tenteranya.

Pada 31 Disember, agensi BTOB iaitu Cube Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung situasi Ilhoon yang telah meninggalkan kumpulan tersebut. Agensi terbabit dalam kenyataan itu mengesahkan perkara tersebut. Agensi berkenan turut menyatakan seperti berikut :

Pertamanya, kami menunduk hormat memohon maaf kerana telah mencetuskan isu hangat yang melibatkan artis di bawah label kami, Jung Ilhoon.

Jung Ilhoon kini merasakan bertanggungjawab akan tindakannya yang secara langsung telah merosakkan kepercayaan para peminat sehingga menyebabkan ramai yang begitu kecewa dengan dirinya. Pihak agensi turut menyedari berapa seriusnya situasi ini dan setelah mengadakan perbincangan yang teliti, kami akur dan hormat keputusan Ilhoon untuk meninggalkan kumpulannya. Dia juga merasakan penarikkan diri kumpulan adalah tindakan yang tepat kerana tidak mahu menimbulkan masalah yang lebih besar dan menjejaskan reputasi kumpulannya.

Sekali lagi agensi menyedari betapa beratnya beban yang perlu dipikul pada saat ini dan atas rasa tanggungjawab kami berjanji akan buat yang terbaik agar Ilhoon dapat memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses siasatan.

Mulai saat ini, BTOB akan meneruskan aktiviti seni mereka seramai enam orang ahli dan kami akan memberikan yang terbaik dan menyokong BTOB tanpa belah bagi agar mereka dapat menghasilkan muzik yang lebih matang serta memberikan persembahan yang lebih hebat.

Sekali lagi kami memohon maaf kepada para peminat yang sentiasa menyokong dan menyayangi BTOB”.

Semoga tabah hadapi cabaran ini!

Sumber : sports.chosun | hankyung

loading...