Pasangan warga emas berusia 70-an dikenakan denda selepas merosakkan pintu pagar rumah Rain dan Kim Tae Hee.
Pasangan warga emas itu dikenakan denda sebanyak 700,000 won (~RM 2,596) oleh Mahkamah Majistret Daerah Barat Seoul pada 16 Disember 2020 hari ini, kerana melanggar undang-undang sehingga menyebabkan kerosakan kepada harta benda awam.
A (79 tahun) dan isterinya (73 tahun) cuba menerjah rumah Rain dan Kim Tae Hee semalam bagi menuntut hutang yang perlu dibayar oleh ayah Rain pada 20 tahun lalu. Pasangan tersebut mendakwa ayah Rain, Encik Jung telah membeli beras di kedai mereka yang bertempat di Yongsan dengan hutang. Sewaktu cuba menerjah rumah tersebut, A menjerit, “Bayar hutang ayah kau” sambil menggegarkan pintu pagar rumah tersebut bernilai 200,000 won (~RM741) itu berulang-ulang kali.
Ini bukan kali pertama Rain didesak untuk menjelaskan hutang ayahnya. Pada tahun 2018 lalu, pasangan warga emas yang sama telah menuduh ibubapa Rain berhutang sebanyak 25 juta won (~RM93,000) kerana mahu membeli beras di dalam suatu laman komuniti forum. Pasangan itu juga kemudiannya menuntutnya di mahkamah pada September 2019, namun keputusan mahkamah pada awal Januari 2020 lalu tidak berpihak pada mereka. Rain juga memfailkan injuksi di mahkamah sekitar Februari dan April tahun ini.
Sumber: yonhap news