Selepas Audi Mok yang bertindak sebagai komposer untuk lagu debut nyanyian Weeekly, tampaknya ada seorang lagi anak Malaysia yang bergiat aktif sebagai produser mengaturkan muzik untuk lagu-lagu kpop popular.
Menurut temubual Zayson bersama Era jer pada pagi tadi, Zayson telah mengenali Lim Jaebom (JB) sejak sekian lama ketika dia dan Jaebom diperkenalkan bersama di Los Angeles pada tahun 2017 menerusi kawan baiknya, seorang warganegara Korea. Pertemuan bersama di Los Angeles pada tahun lepas itu telah memungkinkan kerjasama terjalin di antara mereka dengan Zayson bertanggungjawab mengaturkan muzik dan membantu menggubah lagu untuk ciptaan Jaebom itu.
Baca lagi: ‘Breath of Love: Last Piece’, bingkisan terlalu peribadi GOT7 buat peminatnya
“Sejak tahun lepas, mereka mula berjumpa dengan saya di Los Angeles. Mereka datang bersama dengan Jaebom dipanggil sebagai Offshore. Kemudian, Jaebom tinggal di rumah saya untuk beberapa malam,” katanya menjelaskan bagaimana kerjasama itu berlaku.
Zayson membantu Jaebom mengaturkan muzik dan menggubah bersama untuk lagu ‘Last Piece’, single kedua daripada album studio penuh pertama dari GOT7 di dalam tempoh dua tahun yang dianggap sebahagian peminat (ahgase) sebagai bingkisan akhir daripada GOT7 untuk peminatnya. Namun, sangkaan mereka itu ternyata meleset apabila nama judul itu hanyalah membawa mesej romantik, dan sengaja dicantumkan oleh Jaebom menjadi satu judul album mereka semata-mata mahu menyerlahkan sifat individualistik setiap ahli GOT7.
‘Breath of Love: Last Piece’ boleh didapati di pasaran mulai sekarang!