*Perhatian: Bagi mana-mana pembaca di bawah usia 18 tahun, tidak disarankan untuk melihat gambar tidak bertapis berikut. Maka, anda dinasihatkan untuk tidak terus membaca*.
Mengimbau kembali kenangan menyaksikan muzik kpop saban dulu, Shinhwa, kumpulan kpop lagenda ini pernah berbuat sesuatu yang di luar jangkaan peminat mereka pada masa itu iaitu bertelanjang bulat tanpa seurat benang yang dikeluarkan sebagai edisi istimewa sempena pembikinan album keempat mereka, ‘Hey, Come On!’.
“Ketika sedang bergiat aktif mempromosikan album ketiga kami, kami bekerja dengan konsep menanggalkan pakaian sendiri. Lee Soo Man kemudian mencadangkan kami bertelanjang di dalam rumah (“nude house”),” kata Shinhwa menjelaskan kenapa mereka boleh terfikir idea untuk melakukannya.
Ketika itu, Shinhwa memilih jurufoto terkemuka, Kim Joong Man untuk menjalankan sesi fotografi berkenaan dengan salah seorang daripada mereka hanya berlapikkan tubuh badan rakan sesama ahli untuk menutup alat kelamin mereka. Gambar-gambar tersebut dikumpulkan satu bentuk album bergambar dengan had pengeluaran dibenarkan sehingga 10,000 unit saja. Harga album bergambar berkenaan adalah sekitar 250,000 won (~RM1000). Bagaimanapun, hanya seorang ahli Shinhwa iaitu Andy Lee memilih tidak menyertai sesi fotografi berkenaan dan juga promosi album keempat mereka kerana mahu menjaga ibunya yang sakit di Amerika Syarikat.
Walaupun berhadapan dengan kontroversi, album tersebut yang dikeluarkan pada tahun 2001 itu bergelar antara album terbaik pernah dihasilkan Shinhwa dengan lagu ‘Hey, Come On!’ menjadi siulan peminat Shinhwa Chango sehingga kini. Video latihan persembahan ‘Hey, Come On!’ tanpa berbaju oleh kesemua empat ahli Shinhwa kecuali Andy Lee dan Shin Hye Sung telah dimuatnaik oleh SM Entertainment dan menerima reaksi positif daripada ramai penggemar muzik tempatan. Shin Hye Sung yang merupakan penulis utama lagu tersebut bersama Eric Moon, dikatakan berasa segan untuk menyertai latihan persembahan ketika itu walaupun pernah bersama-sama bergambar telanjang sebelumnya.
Kini, sudah 19 tahun berlalu, tiada mana-mana artis Kpop yang seberani Shinhwa melakukan sesuatu di luar jangkaan peminat mereka sekaligus memecahkan tabu sedia ada. Paling hampir pun, SHINEE yang hanya bergambar tidak berbaju saja untuk album EP keempat, ‘Sherlock’ .
“Sehingga hari ini, peminat datang untuk minta autograf di atas album bogel ini,” kata Junjin mengenang balik kenangan lama beraksi untuk album bergambar berkenaan. “Jurugambar masa itu ialah lelaki, jadi kami rasa agak selesa untuk berbogel bersama. Setahun berlalu memang rasa baik-baik saja. Tapi, bila masa semakin berlalu, saya berasa semakin malu pula,” kata Junjin lagi namun menafikan ia peristiwa hitam yang mahu dilupakan, sebaliknya ia terpahat sebagai kenangan manisnya.
Walaupun sudah lebih 22 tahun berlalu, Shinhwa yang dianggotai oleh Eric Moon (juga seorang pelakon yang sangat terkenal), Lee Min Woo, Kim Dong Wan, Shin Hye Sung, Jun Jin dan Andy Lee ini masih bertahan di bawah satu pasukan tanpa seorang pun ahlinya telah keluar meninggalkan kumpulan itu. Shinhwa satu-satunya kumpulan kpop generasi pertama sebaris dengan H.O.T., S.E.S., g.o.d, Fin.K.L dan Sechs Kies, yang masih kekal bersebati sehingga kini.
Ketahanan mereka di dalam industri kpop menjadi petunjuk kepada mana-mana kumpulan kpop di dalam generasi baru, untuk kekal bersahabat walau apapun rintangan menanti.
Sumber: xsportnews