Blackpink julang gelaran ‘Group of The Year’ untuk tahun 2020

Blackpink diangkat dengan gelaran ‘Group of The Year’ untuk tahun 2020 oleh majalah terkemuka, Variety.

Variety yang membuat pengumuman tersebut, turut akan mengadakan majlis penganugerahan (program khas) dan kemudiannya dimuatkan ke dalam edisi Hitmakers majalah itu kelak.

Ini kali pertama Blackpink diberikan anugerah seumpama berkenaan, lagi-lagi pencapaian mereka telah dihargai oleh majalah berpaksikan Barat itu. Lebih manis lagi, Blackpink juga telah mengenepikan pesaingnya terdekat di sana, iaitu BTS untuk diangkat oleh majalah Variety bagi menggapai gelaran tersebut pada tahun ini.

Selain Blackpink, turut menerima anugerah termasuklah Harry Styles untuk Hitmaker of the Year, J Balvin untuk Collaborator of the Year, Roddy Ricch untuk Breakthrough Artist of the Year.

Blackpink telah pun mengeluarkan album studio penuh pertama mereka, “Blackpink The Album”. Album “Blackpink The Album” ini mencatatkan kejayaan berganda buat Blackpink di Korea apabila meraih 689,066 unit di dalam seminggu menurut Hanteo, meletakkannya di hadapan untuk kumpulan kpop perempuan terlaris di Korea pada tahun 2020 dan terlaris sepanjang lebih dua dekad. Gaon juga telah mengemaskini maklumat jualan album yang dicapai oleh Blackpink dalam tempoh sebulan telah pun melebihi 1 juta unit di Korea, memberikan mereka gelaran ‘jutawan’.

Malah kejayaan mereka tak terhenti di situ saja apabila “Blackpink The Album” turut meraih jualan melebihi 100k unit di Amerika Syarikat, meletakkan mereka di kedudukan no.2 di dalam carta Billboard 200. Ia menjadikan mereka kumpulan pop perempuan paling populari di Amerika Syarikat untuk tahun 2020. Dengan jualan melebihi 1 juta unit juga diraih di China menurut QQ Music di minggu pertama, “Blackpink The Album” telah melakarkan jumlah jualan sekurang-kurangnya 2 juta unit di seluruh dunia.

Sumber: variety

loading...