BTS akan membuat kemunculan semula dengan album studio terbaru, BE mulai hari ini, 20 November 2020.
Dalam sidang media di Dongdaemun Design Plaza (DDP), Seoul, kesemua ahli BTS hadir kecuali Min Yoongi (Suga) yang disarankan untuk berehat selepas menjalani pembedahan terhadap otot bahunya.
Seperti kebiasaannya, BTS masih lagi sibuk walaupun aktiviti mereka agak terhalang dengan pandemik Covid-19. “Ini kali pertama, kami tunjukkan bagaimana kami bekerja melalui Youtube, dan lain-lain. Ia dibuat supaya peminat dapat meraih bahawa kita lakukannya bersama tanpa bersemuka antara satu sama lain. Inilah album dibuat bersama peminat,” kata Nam Joon, selaku ketua kumpulan BTS.
“Saya begitu gembira bekerja untuk album ini sampaikan pakai jaket merasai diri ini macam pergi berkelah… Lagu (Life Goes On) membawa saya kembali masa lalu dan juga melihat masa sekarang. Saya harap ramai dapat tangkap cerita jujur dari hati kami,” sampuk Seok Jin pula.
Sebagai pendukung motivasi buat mereka yang tertindas kerana serangan wabak Covid-19, BTS tidak mahu menghiasi albumnya dengan perasaan takut dan bimbang, sebaliknya sebagai asas untuk mereka mengatasi perasaan tidak berdaya kerana pandemik itu. Oleh sebab itu, mereka mereka mendedahkan langkah penghasilan album ini satu-persatu menerusi cenel Youtube. Bermula dengan Namjoon pada 17 April 2020 lalu hinggalah kepada Suga, Jhope, Jimin, Jin, Taehyung dan Jungkook.
“..Kami mencabarkan diri kami dalam keadaan tidak boleh bersemuka dengan peminat untuk mengelakkan interaksi dengan mereka hilang. Saya harap hubungan makin erat,” kata Nam Joon.
Menariknya, Jimin yang dilantik sebagai pengurus album BE ini sempat berterima kasih kepada Suga kerana memberikannya peluang. “Terima kasih pada hyung Suga kerana bagi saranan untuk album ini. Tak cukup dengan itu, saya cuba dapatkan pendapat ahli masing-masing dan sampaikan kepada Big Hit. Big Hit telah kongsikan balik pendapat-pendapat sesama ahli. Selepas itu, ketika dalam proses menghasilkan album ini, perkataan ‘Life Goes On’ muncul dan hyung Namjoon cakap begini, ‘Apa kata kalau kita cuba ubah gaya hidup dengan anggapan bahawa “tapi hidup mesti diteruskan”‘, dari situ saya bermula dan boleh cerita pelbagai,” kata Jimin pula.
Taehyung yang bertindak sebagai visual pula kali ini sempat berkongsikan skop tugasnya. “Saya mulakan ini sebab saya mahu tunjuk dengan wajah ‘cool’ di depan mereka tapi tak juga berhasil. Apapun kerana sokongan ahli dan ARMY, kami dapat juga habiskan. Konsep bilik (‘ROOM’) ini diterapkan dengan idea hyung Nam Joon, akhirnya hasilnya agak baik,” telah Taehyung.
“Saya pula nak tunjukkan kehidupan kami sebagai anak-anak muda dalam usia 20-an berbanding ketika kami sebagai BTS di atas pentas. Maka, saya kerap bergurau supaya penggambaran itu tampak selesa dan terhibur,” sampuk JHope pula.
Namjoon menjelaskan album ini mengandungi cerita yang mana orang ramai sedang bercakap sekarang. Maka, atas sebab itu, tajuk lagunya diperkenalkan sebagai penyelesaian kepadanya.
Jungkook yang mempamerkan hasil kerja sebagai pengarah video muzik buat pertama kali melahirkan rasa terkilannya kerana tidak dapat berjumpa dengan peminat. “Saya tetap rasa malu walaupun dah jadi pengarah kerana saya suka rakam video. Ada bahagian yang saya mahu tonjolkan perasaan saya yang terjadi akibat pembatalan konsert kami. Disebabkan saya tak dapat ‘lihat’ ARMY, maka saya cuba serlahkan perasaan penuh dengan keinginan dan betapa terkilannya itu melaluinya,” jelas Jungkook pula.
Seokjin turut berduka dan kecewa kerana aktiviti BTS terpaksa dihentikan. Kesannya, terhasillah album ini lantas menerangkan apa perasaan yang terbuku di hati mereka selama ini. “Ada lagu seperti ‘Dynamite’ yang menceritakan tentang kasih sayang. Saya harap ramai dapat bergembira dalam kehidupan mereka hari ini,” jawabnya.
BTS turut meletakkan harapan besar supaya dapat tercalon di dalam anugerah berprestij, Grammy Awards. BTS telah pun menghantar nominasi untuk kategori Record of The Year, Song Of The Year, Best Music Video dan Best Pop Duo/Group Performance untuk ‘Dynamite’ manakala kategori Album Of The Year, Best Engineered Album, Non-Classical dan juga Best Pop Vocal Album untuk album ‘Map of the Soul: 7’. Grammy akan mengumumkan keputusan nominasi pada 25 November 2020 waktu Malaysia.
“Ya kami tengah gemuruh sekarang. Memang itu salah satu objektif kami, oleh itu kami tunggu keputusannya pada 25 haribulan. Saya rasa bagus kalau tercalon” katanya.
Seokjin pula lebih terbuka dan positif mengenainya. “Kami berasa tak layak tetapi bangga dapat no.1 di dalam Hot 100 (kerana Dynamite). Tetap berharap nama BTS dipanggil oleh Grammy nanti,” sampuk Seokjin meletakkan harapan penuh BTS mengenainya.
MV Life Goes On dan album ‘BE’ boleh didapati pasaran mulai jam 1 petang waktu Malaysia. Berikut adalah serba-sedikit mengenai senarai lagu di dalam BE:
- “Life Goes On”: RM, Suga, dan J-Hope. Komposer/Penulis lirik lain terbabit: Pdogg, Ruuth, Chris James, dan Antonina Armato.
- “Fly to My Room” : RM, Suga, dan J-Hope. Komposer/Penulis lirik lain terbabit: Cosmo’s Midnight dan Joe Femi Griffith.
- “Blue & Grey” : V, Suga, RM, dan J-Hope. Komposer/Penulis lirik lain terbabit: Park Jisoo , Levi (kawan Taehyung), Hiss Noise, dan Metaphor.
- “Skit”: lagu ini adalah kompilasi ‘hip hop’ yang dipetik daripada lagu “Circle Room Talk” dalam album 2 Kool 4 Skool , lagu “R U happy now?” dalam album O!RUL8,2?, dan lagu “Soulmate” dalam album Skool Luv Affair.
- “Telepathy”: Suga, RM, dan Jungkook. Komposer/Penulis lirik lain terbabit: El Capitxn dan Hiss Noise
- “Dis-ease” : J-Hope dan ditulis bersama dengan by RM, Suga, serta Jimin. Komposer/Penulis lirik lain terbabit: Ivan Jackson Rosenberg, GHSTLOOP, Pdogg, dan Randy Runyon
- “Stay” : Jungkook, RM, dan Jin. Komposer/Penulis lirik lain terbabit: Arston
- “Dynamite” : David Stewart, Jessica Agombar
Sumber: OSEN, Topstarnews