Musim kedua drama tvN Hospital Playlist ini yang ditunggu-tunggu oleh peminat kdrama selama ini, bakal direalisasikan tak lama lagi.
Berdasarkan laporan daripada sport donga, pengarah Shin Won Ho, pemenang Best Director CARI Kdrama Awards ini sedang dalam persediaan untuk mengarah drama ini semula sekaligus menunaikan janji dibuatnya terhadap penonton tempoh hari. “Saya akan kembali mengarah pada tahun 2021 depan. Semua pelakon utama, Jo Jung Suk, Jeon Mi Do, Yoo Yeon Seok, Jung Kyung Ho, dan Kim Dae Myung sudah komited untuk membintanginya. Penggambaran dijangka dibuat pada awal Disember depan,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, Shin Won Ho dan krew produksi sedang menemubual beberapa pelakon baru untuk dimuatkan sebagai watak sampingan. Jika cerita musim pertama lebih menumpukan kepada kisah lima sekawan dalam membina kerjaya doktor mereka sejak menghabiskan pelajaran di Seoul University, musim kedua pula berkisarkan tentang soal hubungan watak-watak baru ini dengan mereka.
tvN Hospital Playlist berkisarkan tentang cerita bagaimana sekumpulan doktor dan jururawat bertungkus-lumus menyelamatkan pesakit di wad kecemasan. Drama ini tak memfokuskan kepada situasi politik hospital atau cerita kebiasaan yang berlaku kepada seorang yang bergelar doktor. Setiap episod akan memaparkan kelima-lima doktor ini akan melakukan kugiran (“jamming”) dengan setiap ahli mempunyai peranan memainkan alat muzik kugiran sendiri. Sejak ditayangkan, tvN Hospital Playlist telah mencatatkan ‘ratings’ kedua tertinggi di cenel tvN untuk tahun 2020 ini selepas tvN Crash Landing With You dengan nilaian sebanyak 14.142%.
Pengangkiran musim pertama dahulu telah menimbulkan tanda tanya kepada penonton tentang hubungan cinta yang bakal terjalin antara Jo Jung Suk dan Jeon Mi Do, samada Jung Kyung Ho dikecewakan oleh teman wanitanya, dan sebagainya. Semuanya mungkin bakal terjawab di dalam musim kedua nanti.
Buat yang belum tengok drama ini lagi, anda boleh saksikannya di Neflix.
Sumber: sport donga