[Gempar] Seorang penyanyi Korea diadukan atas cubaan merogol bekas teman wanitanya yang mati kerana bunuh diri

Seorang penyanyi merangkap penggubah lagu ‘A’ diadukan kepada pihak polis hari ini oleh keluarga mangsa, atas dakwaan pernah merogol bekas teman wanitanya yang meninggal dunia kerana membunuh diri.

Menurut MBC ‘News Desk’, keluarga mangsa dikenali dengan nama pertama ‘Song’ telah pun membuat aduan tersebut terhadap bekas teman lelakinya, A yang juga seorang penyanyi dan penggubah lagu tersohor. Song merupakan seorang penyanyi separuh masa dan pernah menjadi ahli kugiran telah didapati meninggal dunia pada April lalu dan meninggalkan nota wasiat, “Orang itu telah menyebabkan aku sakit dan menderita.”

Dua bulan sebelum kematiannya, Song memberitahu kawannya bahawa dia pernah dikhayalkan oleh A dengan dadah ketika mereka sedang meneguk arak bersama. Malah lebih menyedihkan lagi, A telah merakamkan gambar Song ketika dirogol. Akibatnya, ayah Song membuat aduan tersebut kepada pihak polis.

Bagaimanapun, A menafikan sekeras-kerasnya tuduhan sebelah pihak yang dibuat oleh keluarga mangsa. Polis sedang menyiasat kes berkenaan dengan menganalisis bukti digital tertera di dalam telefon dan komputer tertuduh.

Selain menjadi penyanyi, A juga pernah terbabit di dalam sesi rakaman lagu untuk kumpulan kpop perempuan tersohor.

Sumber: News Desk

loading...