Nayeon paling lambat berkahwin di antara TWICE, dakwa Chaeyoung

Image may contain: 4 people, closeup

Chaeyoung TWICE mengundang tawa hadirin rancangan SBS Radio Star apabila memilih Nayeon yang lambat sekali akan berkahwin di antara mereka.

Dalam temubual bersama SBS Radio Star, TWICE berbicara tentang siapakah yang pertama di antara akan menerima hadiah baju pengantin. Kemudian, hos SBS Radio Star menanya, “Di antara kamu, sapa yang paling lewat dirikan rumahtangga?”

Dari kiri: Chaeyoung dan Nayeon

 

Chaeyoung terus cepat-cepat menamakan Nayeon, yakni ahli tertua TWICE sebagai yang paling lambat berkahwin di antara mereka di antara mereka. “Sebab dia cerewet (garang),” kata Chaeyoung lalu membuatkan Nayeon terkesima. Bagaimanapun, ia mengundangkan reaksi tidak mengejutkan berikutan dua orang ahli TWICE, Jihyo dan Momo  juga kini masing-masing sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Kang Daniel dan Heechul Super Junior.

Kemudian, alasan kenapa Nayeon menjadi penama kepada Sana juga didedahkan. Nayeon mendakwa ketika Sana sedang keseorangan di dalam bilik, dia akan berasa pelik bila dia merasakan dirinya tak popular lagi sejak sekian lama dan Nayeon akan cuba menyelamatkan Sana yang kemurungan ketika itu.

TWICE kini sedang mempromosikan album studio keduanya berjudul Eyes Wide Open. SBS Radio Star dapat ditonton sepenuhnya selepas siaran menjelang 9:40 pm waktu Malaysia setiap hari Rabu.

Sumber: IS Plus, tenasia