Jungkook BTS baru-baru ini mengutuskan video bersurat kepada Ryusei Yokohama, mengajaknya untuk bertinju bersama. Menurut Oricon Daily, video itu dipertontonkan sewaktu sidang media promosi filem “Only You”.
“Yokohama-san. Aku tengah berlatih meninju. Aksi Yokohama-san sangat terbaik. Berapa lama kau berlatih? ‘Ajarkan’ saya tinju nanti,” rayu Jungkook.
“Aku pun sudah berlatih sebulan ini. Nanti aku ajar kau,” jawab Ryusei Yokohama.
Kebetulan pengarah Miki Takahiro turut hadir dalam sidang media itu menyampuk, ” Saya nak tengok pertandingan meninju.”
“Okay, kalau macam tu. Mari kita lawan,” telah Ryusei Yokohama sambil memberikan cabaran buat Jungkook BTS. Permintaan Ryusei Yokohama itu menerima respon positif daripada peminat yang mahu menyaksikan Jungkook dan Ryusei Yokohama berlawan sesama sendiri nanti.
BTS pernah menyumbangkan suaranya untuk OST filem ‘Your Eyes Tell’ lakonan Ryusei Yokohama sebelum ini dan lagu tersebut dimuatkan ke dalam album Jepun BTS, ‘Map of The Soul 7: The Journey’.
Sumber: money today, pinkvilla