Terkedu baca komentar menjijikkan, Heechul Super Junior tetap jawab baik desakan seseorang untuknya membunuh diri

Image may contain: 1 person, text

Kim Heechul Super Junior mendedahkan komentar jahat dan menjijikkan daripada seseorang yang menyuruhnya untuk membunuh diri.

Penghantar komen itu dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Heechul yang lebih kerap menayangkan dirinya menjamah daging Korea berbanding terlibat secara aktif sebagai penyanyi idol. “Kenapa kau asyik tunjuk makan daging selepas 4 hari? Jangan nak bersenang-lenang saja. F***. Pergi mati lah. Peminat sanggup simpan duit semata-mata nak beli album kau, tapi kau hanya tahu nak makan saja. Tak pernah nak fikir bagi balik kat peminat macammana. Apa yang kau tahu buat selain tunjuk muka cantik itu saja?….”

Heechul kemudiannya menegas, “Aku takkan bunuh diri aku.” Rentetan daripada pendedahan tangkap layar Heechul itu, rata-rata netizen memberikan kata-kata sokongan buatnya memandangkan Heechul hanya melaksanakan tugasnya sebagai duta produk daging itu.

Sebelum ini, Heechul turut mengancam untuk bertindak tegas terhadap cubaan membuat tohmahan jahat kepadanya. “Tiada lagi kompromi. Aku akan serahkan mereka pada peguam. Aku takkan berhenti dan akan menjejaki mereka yang jahat ini,” katanya pada 22 Julai 2020 lalu.

Pesanan : Jika anda memerlukan seseorang yang ingin berbual, jangan malu dan segan untuk memulakan tindakan serta mendapatkan bantuan. Semak SINI untuk mengetahui Hotlines yang boleh anda capai dan sekiranya perkhidmatan tersebut tidak terdapat di negara anda, sila hubungi talian kecemasan.

Sumber: newsen

loading...