“Tak cukup Vitamin D? Mari, dapatkan suntikan dari kami!” – MAMAMOO

Image may contain: 4 people

Mamamoo mengeluarkan single terbaru berjudul ‘Dingga’ beberapa hari sebelum “comeback” mereka pada 3 November ini.

‘Dingga’ akan dimuatkan di dalam album mini kesepuluh mereka, ‘Travel’. Kali terakhir Mamamoo mengeluarkan album adalah pada setahun lalu menerusi The Reality is Black dengan tempoh masa agak lama diambil untuk menumpukan kepada projek solo daripada Solar dan Hwasa sebelum ini. Kesusahan berhadapan dengan pandemik Covid-19 dipetik sebagai alasan kenapa aktiviti seni Mamamoo banyak kali tertangguh. “Kami begitu rindukan pentas bersama peminat. Kami berharap kalian suka dengan lagu Mamamoo ini supaya kita dapat jumpa lagi di masa hadapan, ” kata Mamamoo sebagai persediaan memperkenalkan single terbaru mereka ini.

Suasana muzik video lagu ini juga menarik apabila dibekalkan dengan lampu neon tertera “Vitamin D” belakangnya. Ia sebagai simbolik kepada mereka yang terbatas perjalanan ke luar sehingga kekurangan Vitamin D dengan keratan lirik ‘Kekurangan Vitamin D’ dimainkan.

‘Dingga’boleh dicapai menerusi Youtube pada jam 5 petang tadi.

Sumber: IS Plus

loading...