Loopy & Nafla ‘Show Me The Money 777’ ditangkap hisap ganja

Image may contain: 2 people, hat

Duo penyanyi rap yang pernah bertanding di dalam Mnet ‘Show Me The Money 777’ telah ditangkap polis baru-baru ini kerana menghisap ganja.

Menurut Channel A News, “Pada September lalu, polis telah menyerbu agensi dan menjalankan ujikaji dadah terhadap rambut dan air kencing kedua-duanya. Mereka didapati positif.”

Dalam siasatan polis kemudiannya, Nafla mengakui menghisap ganja bersama-sama dengan Loofy di dalam studio agensi mereka. Diketahui lebih 3 orang penyanyi rap serta lima kenalan mereka di dalam agensi sama juga turut didapati positif.

Agensi Mekit Lane Records membuat kenyataan balas sambil berkata, “Mereka telah pun mengakui kesilapan sendiri dan sedang bermuhasabah diri.” Polis akan membawa mereka untuk didakwa di mahkamah kerana melanggar Akta Kawalan Narkotik. Nafla pernah dinobatkan juara pertandingan realiti tersebut dan lagu terakhir keluarannya, Nae Tat dinyanyikan bersama BLOO.

Sumber: newsen

loading...