Digelar aktor paling cerewet, sekali lagi Won Bin tolak untuk menyaksikan dirinya berlakon drama selepas 18 tahun

 Image may contain: 1 person

Won Bin diperkatakan sedang menerima tawaran lakonan untuk projek drama terbaru berjudul ‘Immortality’ yang menelan belanja sehingga 40 billion won (~RM141.21 juta).

Projek tersebut bakal mendapat sutradara Jang Young Woo (“tvN Mr. Sunshine”,”tvN Entourage”) dan penulis skrip duo Kwon So Ra (“OCN The Guest”) dan Son So Won. Ia berkisarkan tentang seorang gadis yang mengingati masa silam penjelmaan semulanya selama lebih 600 tahun dan seorang lelaki yang tidak akan mati walaupun sudah 600 tahun berlalu. Projek ini bakal menyaksikan Won Bin kembali berlakon semula selepas 10 tahun dengan filem terakhir lakonannya ialah The Man From Nowhere. Ia juga bakal menjadi drama pertamanya selepas 18 tahun yang lebih manis dikenali menerusi drama KBS Autumn In My Hearts.

Bagaimanapun, sekali lagi Won Bin menolak tawaran lakonan itu hari ini. Beban berlakon semula seakan-akan agak berat buat suami kepada pelakon Lee Na Young ini untuk memikulnya. Oleh yang demikian, pihak produksi sedang meneliti kemungkinan untuk mencari pengganti lain pula.

Samada Won Bin akan meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan atau tetap bergiat aktif sebagai model CF selepas 10 tahun berlalu, masa yang akan menentukannya.

Sumber: spotvnews , money today

loading...