Data Hanteo buktikan album terbaru TWICE hanya raih 332,416 seminggu saja di Korea, bukan 500,000 seperti diwar-warkan sebelum ini

Image may contain: 9 people, people standing

Data Hanteo telah membuktikan jualan album terbaru TWICE, ‘More&More’ hanya mampu meraih sebanyak 332,416 unit seminggu saja di Korea bercanggah dengan kenyataan bahawa album kumpulan itu sudah mencapai jualan melebihi 500,000 unit seperti yang dimaklumkan oleh JYP tempoh hari.

Dengan jualan sebanyak ini, TWICE masih belum memintas rekod album ‘Bloom*IZ’ oleh IZ*One yang berjaya memungut jualan sebanyak 356,313 unit di dalam seminggu. Akan tetapi, ia adalah kedua yang terbaik bagi jualan satu album yang diraih kumpulan kpop perempuan untuk sepanjang zaman di Korea.

Sebelum ini, timbul dakwaan TWICE dikatakan mengamalkan sajaegi kerana berjaya meraih jualan sebanyak 265,280 unit di dalam sehari, jumlah yang agak besar. Bagaimanapun, Hanteo cepat-cepat menafikan khabar angin tersebut mengatakan data yang dikeluarkan oleh mereka adalah benar belaka.

Selepas seminggu, data ‘Hanteo’ dilihat bercanggah dengan apa yang diwar-warkan sebelum ini menyebabkan netizen tertanya-tanya mana datangnya 500,000 unit tersebut. Bermungkinan data JYJ itu termasuk sekali jualan yang diraih di luar dari Korea sekali menyebabkan ianya bercampur sesama sendiri. Jika dimasukkan data pembelian awal (“pre-order”) sekalipun, sudah pasti datanya dihitung sekali, contohnya jualan pembelian awal diraih oleh Baekhyun sebanyak 600,000 menyebabkan purata jualan album ‘Delight’ bertambah menjadi 700,000 unit sebelum ini. Sehubungan dengan itu, JYP memberi amaran akan menyaman sesiapa saja membuat tohmahan dan berita palsu mengenai TWICE menerusi kenyataan dikeluarkan syarikat itu semalam.

Sementara itu, album ‘More&More’ mencipta sejarah di Amerika Syarikat apabila berjaya menduduki tangga ke-200 di dalam carta album Billboard 200. Ia merupakan rekod terbaik bagi mana-mana kumpulan kpop perempuan di Korea.

Sumber: Hanteo, OSEN

loading...