Kumpulan kpop baru, E’Last meletakkan penanda aras yang tinggi dengan mahu menguasai dunia setelah membuat persembahan pertunjukan secara atas talian “online showcase” buat pertama kali bagi mempromosikan album ‘debut’ mereka berjudul ‘Day Dream’.
Kumpulan ini pernah dijenamakan dengan nama EBOYZ dan telah pun membiasakan penampilan ahli-ahli kumpulan mereka menerusi rancangan realiti tv “EBOYZ Unlock”. Kemudian, nama kumpulan ditukarkan kepada E’Last sebaik saja tarikah pelancaran untuk album ‘debut’ mereka semakin hampir. Ia dibarisi oleh lapan orang ahli iaitu Romin, Choi Seung Yeup, Choi In, Rano, Baek Gyul dan Oh Ye Jun serta dua orang lagi ahli yang lain, iaitu Lee Won Jun dan Won Hyuk merupakan bekas pelatih Produce X 101.
Diminta untuk memberikan komen, Rano berkata, “Saya rasa gemuruh dan janggal kerana baru nak ‘debut’. Tapi, saya tetap nak lancarkan juga sebagai menghargai kerja keras ahli-ahli lain dan peminat yang tertunggu-tunggu album kami.”
Won Joon yang diberikan peluang mendampingi Kim Woo Seok dan Han Seung Woo VICTON di dalam Produce X 101 dulu turut tidak ketinggalan berkongsikan pengalamannya memerah keringat demi melunaskan tugasan. “Saya hubungi abang Seungwoo tak lama dulu dan sempat bertanya khabar antara satu sama lain,” kata Won Hyuk sebagai membalas kenyataan Won Jun.
‘Day Dream’ ialah hasil saduran antara impian yang cerah (“day dream”) dengan impian yang bergemelapan (“dark dream”) dengan pegangan konsep yang berbeda. “Ia seperti video games di mana impian juga memberikan perasaan sedih dan kusam kerana tidak dapat disempurnakan,” kata Won Jun menjelaskan konsep album pertama mereka itu.
Yejun E’Last
Ditanya siapakah modal peranan masing-masing, Romin menyebut NCT kerana persembahan mereka, Choi In menamakan Jimin BTS kerana diinspirasikan menerusi tariannya, Won Jun menamakan Lee Seung Gi kerana penampilan mengagumkan, Yejun menyebut TXT kerana lagu mereka manakala Seung Yeop menamakan Yunho TVXQ kerana mampu membuatkan penonton tertawan dengan persembahannya.
Di akhir kalam cerita, Yejun berharap E’last akan menguasai dunia pada suatu hari nanti dan mereka telah pun bersedia ke arah itu. Album ‘Day Dream akan dikeluarkan pada 9 Jun 2020 esok bermula jam 5 petang.
Sumber: mksports, sport chosun