Kang Ha Neul & Kim Hee Ae dinobatkan pemenang anugerah Best Actor & Best Actress di dalam 56th Baeksang Art Awards

Image may contain: 2 people

Kang Ha Neul & Kim Hee Ae masing-masing berjaya merangkul anugerah Best Actor dan Best Actress masing-masing di dalam 59th Baeksang Art Awards.

Kang Ha Neul menerusi lakonan di dalam KBS When the Camellia Blooms mengalahkan Nam Goong Min (“SBS Hot Stove League”), Park Seo Joon (“jtbc Itaewon Class”), Ju Ji Hoon (“KBS Hyena”), dan Hyun Bin (“tvN Crash Landing on You”) di dalam kategori yang sama manakala Kim Hee Ae menerusi lakonan di dalam jtbc The World of the Married menewaskan Kim Hye-soo (“KBS Hyena”), Gong Hyo Jin (“KBS When the Camellia Blooms”), Son Ye Jin (“tvN Crash Landing on You”), dan Lee Ji-eun (“tvN Hotel del Luna”). Kemenangan Kim Hee Ae memang di dalam jangkaan kerana lakonannya sebagai isteri yang tertindas di dalam jtbc The World of the Married mendapat pujian penonton memandangkan drama tersebut telah merekodkan “ratings” tinggi di dalam sejarah cenel kabel.  Kemenangan Kang Ha Neul pula mendatangkan sedikit kejutan berikutan saingannya merupakan calon-calon yang agak hebat seperti Hyun Bin, Nam Goong Min dan Park Seo Joon.

Dalam ucapannya, Kang Ha Neul berterima kasih kepada Gong Hyo Jin. “Saya betul-betul menghargai kakak Hyojin. Anugerah ini sangat hebat. Saya berasa gembira, tapi hati saya seperti tengah menggegarkan fikiran saya. Disebabkan saya terima trofi ini, saya akan menguruskan mental dan fikiran dengan baik di masa akan datang tanpa mempedulikan hal lain lagi,” katanya.

Kim Hee Ae yang menerima trofi itu untuk empat kalinya berkata, “Drama tulen Inggeris yang asal tidak begitu menonjol dan berat sehingga saya sangka ia agak mustahil dibuat di Korea. Tapi, saya terkejut dengan reaksi positif daripada penonton seolah-olah mereka tidak mengikuti kita.” Kim Hee Ae pernah merangkul anugerah yang sama untuk drama Sons and Daughters (1993), Wife (2003), dan A Wife’s Credentials (2013).

“Jawapannya terletak di dalam skrip. Saya copkan cap jari dengan penuh ikhlas supaya proses itu menjadi mudah,” katanya lagi menjelaskan keputusan untuk berlakon di dalam drama tersebut.

Sumber: money today

loading...