Monsta X, BTS & Ateez sepakat suarakan bantahan terhadap diskriminasi orang berkulit hitam

Image may contain: 21 people

Monsta X, BTS dan Ateez tampil sebagai kumpulan kpop popular yang menyuarakan bantahan terhadap sebarang diskriminasi dikenakan ke atas orang berkulit hitam.

BTS menzahirkan sokongannya itu menerusi twitter dengan tanda pagar #BlackLivesMatter sambil berkata, “Kami menentang perkauman. Kami juga menentang keganasan. Saya, dan kalian mempunyai hak untuk dihormati.”

Begitu juga dengan Monsta X yang turut menyatakan sokongan dengan penuh hati menerusi twitter rasmi mereka sambil berkata, “Kami akan berganding bahu untuk memperjuangkan kesamarataan, hak asasi dan maruah diri.”

Akhir sekali, ATEEZ turut tidak ketinggalan melontarkan sokongan mereka terhadap kempen #BlackLivesMatter. “Kami akan bersolidarasi terhadap mereka yang telah bergalang nyawa,” kata mereka menerusi twitter rasmi.

#BlackLivesMatter ialah kempen yang diperhebatkan menerusi laman sosial untuk menyuarakan bantahan terhadap sebarang diskriminasi dikenakan ke atas orang berkulit hitam rentetan daripada peristiwa kematian George Floyd yang tidak diberikan peluang untuk membela diri sewaktu ditahan polis dengan lehernya terus dipakukan oleh polis tersebut sehingga dia menghembuskan nafas terakhir.

Monsta X, BTS dan Ateez merupakan kumpulan kpop yang mempunyai ramai peminat dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat dan sebilangan daripada mereka telah pun menandatangai kontrak label bersama syarikat tempatan.

Sebelum ini, ramai artis Kpop tidak ketinggalan menyatakan sokongan padu mereka termasuklah Jay Park, Mark Tuan Got7, Jessica Jung, CL, Tiffany Young, Rain, Tiger JK, Momoland dan lain-lain lagi. Sebilangan label agensi di Korea agak keberatan untuk berbuat demikian dikhuatiri kerana kehilangan peminat.

Sumber: xsportnews

loading...