Gagal hentikan teman wanita memandu secara berbahaya, Oh Seung Yoon disiasat kerana mungkin bersubahat

Pelakon Oh Seung Yoon telah dipanggil oleh polis siang tadi untuk membantu siasatan kerana mungkin bersuhabat membenarkan teman wanitanya memandu secara berbahaya dalam keadaan memabukkan.

Menurut portal chosun ilbo, Oh Seung Yoon berada di dalam kereta sewaktu teman wanitanya, C yang berusia 22 tahun ditahan polis kerana meneguk arak dan memandu dalam keadaan mabuk pada 26 Jun yang lalu. “Kandungan alkohol di dalam darah C kira-kira 0.101% dan pelakon itu dilaporkan memberitahu polis bahawa dia cuba untuk menghentikan A daripada memandu, tapi tak berhasil,” kata sumber tersebut.

 

Akibatnya, sekumpulan netizen mempersoalkan samada  ‘lakonan’ mesra Oh Seung Yoon bersama pelakon wanita yang dianggap sebagai teman wanita di dalam rancangan realiti tv MBC Love Me Actually itu adalah hanya sekadar indah khabar dari rupa. Kecaman berterusan mendesak wakil syarikat tertentu memberi kenyataan balas bahawa perempuan yang bersama-sama dengan Oh Seung Yoon itu bukan teman wanitanya, tapi seorang kenalan biasa.

Namun, setelah didesak berulang-ulang kali, akhirnya agensi Oh Seung Yoon, T&I akur dan mengesahkan anak buahnya memang telah dipanggil polis sebentar tadi. “Agensi sedia maklum Seung Yoon terlibat dalam kes tangkapan teman wanitanya pada 26 Jun lalu kerana dia ialah penumpang yang duduk di sebelahnya. Oleh sebab itu, Seung Yoon dipanggil untuk disoal-siasat. Seung Yoon menyesal dan memohon maaf kerana gagal memaksa teman wanitanya supaya jangan memandu setelah dia mendapati teman wanitanya mabuk teruk. Seung Yoon turut memberi jaminan akan membantu siasatan polis dan redha menerima keputusannya,” sebut jurucakap agensinya.

Selain bergiat aktif di dalam MBC Love Me Actually, Oh Seung Yoon juga akan membintangi drama jtbc terbaru berjudul ‘Melo Suits Me’ dengan memegang watak lelaki ‘kunyit’. Pihak produksi drama tersebut telah sedia maklum dan belum memberi apa-apa keputusan samada mahu menggugurkan atau membiarkan saja Oh Seung Yoon berlakon.

Sumber: chosun ilbo, naver news

loading...